Sunday, 25 August 2019

BOBIE FARID SHAMSUDDIN Part 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Dah lama aku tak jengah blog express aku ni , dan hari ini aku rasa aku akan habiskan masa dengan menulis tentang aku , siapa aku sebenarnya dan apa ceritanya tentang aku ni ..





ni gambar lepas sekolah .. part 2 aku akan cerita siapa dalam gambar ni



So here we go .....

Saya dilahirkan di Hospital Mentakab Pahang pada 6/5/1972 dan diberi nama BOBIE FARID SHAMSUDDIN . Nama ayah Shamsuddin bin Abdullah dan nama Emak Amnah binti Bakar  and aku tak rasa pelik dengan Nama parent aku . Setelah aku berumur 10 tahun baru aku tau yg aku ni anak campur , istilah yg digunakan pada waktu itu atau mix blood . Malangnya mix blood aku ni kasta paling rendah . Ayah aku muallaf berbangsa India dan Mak Aku Melayu Jawa dan mungkin ada keturunan cina baba disebabkan kesepetan mata semua sedara mara aku . So ANAK KELING la aku ni . And aku tak pernah malu utk jadi anak sesiapa pun tapi sepanjang aku membesar nama dan status aku menjadi hal yg sangat besar .

Ayah aku merupakan guru sandaran sewaktu aku mula bersekolah rendah dan kalau tak silap gajinya hanya 200 lebih sebulan . And aku tak tau sangat bagaimana mereka berjumpa dan akhirnya berkawin .


Nama yg menjadi begitu pelik pada masyarakat Melayu . Ia menjadi pelik sebab aku dibesarkan di tengah tengah masyarakat melayu di Temerloh . Aku hanya sedar nama aku pelik bila masuk darjah satu di Sekolah LKTP Sungai Kemahal Triang . Felda baru dibuka dan majoritinya adalah masyarakat Melayu . Panggilan nama seperti BABI menjadi sesuatu yg wajib dan akan aku ingat sampai bila bila .

Balik sekolah aku tanya mak aku kenapa budak budak ejek nama aku ? Jawapan yg selalu aku dapat ialah " Sabar la Long diorang tu saja menyakat dan bergurau tu " . Tapi aku cakap kenapa nak sama kan aku dgn BABI .. Jawapan yg mak aku tak boleh nak jawab .

Thats why aku rasa aku mmg tak ada kawan sekolah yg aku boleh ingat nama diorang sebab mmg aku dipulaukan oleh kawan kawan sekolah . Bukan sahaja Kawan Sekolah malah kalau balik Melaka belah mak aku semua sedara mara aku akan pulaukan kan aku sebab status anak keling . Klau ziarah sedara ayah aku diorang akan pulaukan kan aku sebab aku ni Melayu Islam . Bukan itu saja kalau aku pergi ke masjid pun aku ni tak dilayan dan orang akan cakap aku ni anak kapir .

Sepanjang aku membesar dgn adik aku , Ayah dan Mak aku ni selalu bergaduh depan kita orang , aku tak faham sangat apa isunya sebab waktu tu kecik lagi kan . Tapi topiknya selalu pasal duit dan sedara mara ...  Kadang Kadang sampai naik tangan dan biasanya aku akan keluar rumah dan akan balik bila dah malam . Kawasan Felda waktu itu sangat sangat daif la sebab Letrik pun takde .. jadi duduk la aku dalam gelap sambil menangis . Kenapa menangis pun aku tak tau ...

Kenangan aku di Sungai Kemahal hanya ada pada Hutan Kelapa sawit , tangguk udang kat sungai kecik , main sorang sorang ditapak pembalakan dan takde satu nama pun yg aku ingat . Aku biasanya hanya duduk rumah baca buku sekolah yg mak aku akan pastikan aku baca buku tu setiap hari .

And atas sebab itu keputusan periksa aku dari darjah satu hingga darjah tiga tak pernah dapat no 2 dan semua subjek aku score 100 .

Sampai ada sekali tu ada cikgu yg tak puas hati katanya ayah aku supply kertas soalan periksa and suruh aku ambil balik periksa . Semua soalan baru dan aku score semua 100 lagi . Semua subjek aku hanya ambil masa 15 ke 20 minit sahaja nak jawab . Mungkin masa tu cikgu sekolah tak puas hati ANAK KELING ni pandai sangat kot .

Masuk darjah 4 kitaorang pindah ke Kg Tengah Temerloh pahang . Ayah aku mengajar di sekolah rendah kuala triang dan aku sekolah di Kg Tengah Temerloh . Bermula lah lagi episod kena ejek kat sekolah dan kena pulau sebab status Nama Aku ni . And aku hanya ingat satu nama iaitu Shahruddin . Sebab aku ingat dia ialah sebab dari darjah 4 sampai darjah 6 aku gagal nak memnang dgn dia waktu periksa . Selalu aku dapat NO 2 ... Semua Subjek dia score 100 dan aku selalunya tak dapat markah pernuh dalam subjek lukisan ( siot tul ) ...  lagi satu ialah danial sebab dia duduk dekat rumah sewa kitaorang kat kg tengah tapi selalunya ayah dia tak bagi bercampur dgn aku atas sebab apa tak tau la , mungkin sebab aku ni anak Keling kot ... Waktu 3 tahun aku kat kg tengah antara aktiviti yg aku ingat ialah mandi kat sungai pahang , main bola walaupun kena bahan teruk dan selalu kena ragging .. carik etok etok  .. ada la dua kali dapat ikut ride basikal dgn budak budak kampung tapi lepas tu tak ikut dah sebab aku takde basikal .. masa dapat ikut tu pun sebab pinjam basikal orang . Waktu ni jugak Mak aku suruh aku mengaji Quran dkt rumah makcik dekat rumah aku . Ada pergi sekolah agama petang kat kg Tg Belenggu kejap . Tapi sebab jauh gila naik basikal pinjam ..org yg bagi pinjam basikal tu tak bagi so takde la aku pergi sekolah agama tu lagi . ada la 2 ke 3 bulan aku belajar kat sekolah agama petang tu ...

Lagi satu ingatan ialah lepak rumah satu brader ni , aku lupa nama dia , rumah dia dekat dgn rumah aku dan aku tertarik nak jengah sebab dia ada gitar letrik .. so kat situ la aku mula mula dengar lagu Search .. Album Cinta Buatan Malaysia dan mungkin itu lah sebab aku minat rock ni . Lagi satu ayah aku masa kat temerloh dia ada buat part time ajar kelas gitar . Dia mmg terer main gitar dan aku nak belajar dia tak bagi . Gitar Epiphone kotak dia tu mmg dia sayang gila sampai kalau aku pegang pun dia akan marah gila .

So kenangan di Kg Tengah selain kena buli dek geng geng main bola , mandi sungai dan shahrudin lain lain aku takde kenangan yg boleh aku ingat .  Waktu Darjah 5 ada peperiksaan penilaian kalau tak silap .. Aku dapat 4 A 1B .. Aku lupa subjek apa dapat B tu tapi suasana rumah pada waktu tu amat amat kritikal dengan pergaduhan mak dan ayah aku . So aku mcm tak berapa bersemangat nak belajar dek kerana keadaan suasana rumah yg penuh dgn pergaduhan .

Tapi pada waktu itu 4A 1B dianggap sebagai cemerlang dan sepatutnya senang nak dapat masuk Asrama Penuh . Aku waktu tu nak sangat masuk asrama supaya dapat lari dari tgk mak ayah aku bergaduh . So ada lah pergi interview MTD dan MRSM ..

Waktu tu anak anak melayu kalau nak masuk asrama kena dapat sokongan ketua kampung dan sebagainya .. Malangnya sebab status aku sebagai ANAK KELING maka surat sokongan ni aku tak dapat . MRSM lagi lah tak dapat sebab diorang tk anggap aku ni melayu so siang siang kena reject dah . Yg aku dapat offer ialah Sekolah Rancangan Khas di Kuantan . Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di kuantan .

So aku pergi la sekolah kuantan tu dan duduk asrama . Aku hanya tahan duduk 7 bulan kot disebabkan kategori bahan ANAK KELING ni lagi power disana . Aku langsung tak bercampur dgn aktiviti asrama sebab mmg takde orang nak ajak dan tak bagi join . Yg aku ingat msa sekolah ni brader Form 6 yg budak budak hostel panggil dgn gelaran Ustaz . Dia yg selalu pujuk aku pergi surau and sembahyang 5 waktu .

Kat Smart aku Keputusan periksa mcm biasa No 2 atau No 3  .. Tapi disebabkan tak tahan kena buli dan kena pulau aku balik Temerloh dan Sambung Sekolah Di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar ..

Sekali lagi sebab status aku .. Aku dipulaukan oleh kawan kawan sekolah . Yg aku ingat ialah 2 orang iaitu Zakri dan Aminurrullah .. dua dua anak cikgu yg ayah diorang guru besar dan kenal ayah aku . tu pun takde lah rapat sangat ada la 2 kali pergi rumah diorang kat taman bahagia tu .

Lain Lain yg aku ingat ialah main bola tspi tak dapat wakil sekolah sebab status aku kot . so SRP aku kat sekolah ABS dan mcm biasa aku score result SRP dgn baik .. Waktu Form 1 aku duduk di Tanjung Lalang sebab Ayah Aku mengajar sekolah rendah tg lalang . Dan Duduk di kuarters cikgu . kat situ ada 2 rumah je dan jauh dari kampung orang . So aku mmg takde kawan di Tanjung Lalang . Waktu aku form 1 satu hari aku bangun tidor tgk Mak aku dah takde . Aku tanya Ayah aku mana mama ? Dia Jawab MAMA dah lari ... Aku waktu tu terus keluar rumah berlari tepi jalan .. jauh jugak aku cari MAMA aku sambil menangis dan teriak MAMA MAMA dan MAMA ..

Mak aku lari balik MELAKA .. Agaknya dah tak larat nak bergaduh dgn Ayah aku yg mmg panas baran .. Aku hilang arah .. tak tau nak buat apa lagi .....


Dan mereka bercerai ke tidak aku tak tau tapi last aku tgk mak aku masa aku form 1 dan aku teruskan hidup dgn ayah aku dan duduk sorang sorang kat rumah . Ayah aku waktu tu cuba sebaik mungkin utk siapkan makan minum kat rumah dan biasanya lepas habis sekolah dia akan hilang pergi mana aku tak tau dan malam baru dia balik . 3 tahun dari Form 1 sampai Form 3 aku uruskan hidup sendiri . Pergi Sekolah ABS naik basikal dari Tg Lalang .. Hiburan yg aku ada hanya disekolah walaupun kat sekolah aku kena pulau disebabkan status aku ni .

Disebabkan aku ni tak campur orang atau takde kawan Sekolah lantik aku jadi pengawas waktu form 3 .. Ha ha ha .. benda yg aku bangga sangat walaupun aku takde fungsi pun sebab budak budak sekolah langsung tak takut dgn aku ...

Form 4 aku berpindah ke Melaka .. Mungkin Ayah Aku nak dekatkan aku dgn Mak aku kita orang pindah Melaka dgn harapan Mak dan Ayah aku berbaik semula . Waktu tu Ayah aku dah jadi guru tetap dan dia dapat beli Rumah di Taman merdeka .. Aku masuk sekolah Menengah Munshi Abdullah ..

Sekali lagi disebabkan nama aku , Aku jadi bahan bualan anak leing dan sebagainya .. waktu ini telinga aku dah lali dgn ejekan . Kat sekolah ni aku kenal Zaharul Arrifin , Badlishah , Basir , Zamani Mat Fun , Amali dan ramai lagi sebab Orang Melaka ni walaupun diorang bahan aku tapi diorang tak esah sangat pasal status aku ni .. which bagi aku sedikit semangat utk terus berusaha . Kenangan disekolah Munshi ni aku akan ingat sampai bila bila sebab bagi aku inilah zaman pesekolahan yg paling best dalam hidup aku walaupun aku tak rapat sangat dengan diorang ni . Atleast aku boleh ingat nama nama diorang .. Dapat wakil Sekolah Main Takraw walaupun aku hanya reserve tapi juara Melaka pada tahun tu . Nak Main Bola tak dapat sebab COACH PILIH KASIH ( kikikiki )



ni gambar kawan aku masa kat Taman Merdeka .. Nama dia Mazli budak sekolah Muzzafar .. dia banyak tolong aku subjek matematik dan terer main takraw




Result SPM aku consider bagus gila walaupun aku duduk kelas Sastera . Aku tak faham kenapa dgn result SRP aku waktu kat ABS aku tak boleh masuk kelas Sains . Waktu tu kira kelas SAINS ni kelas orang pandai dan Kelas Perdagangan ni kira kelas org tak berapa pandai la . Tapi aku tak de hal and still belajar mcm biasa . Waktu ni Mak dan Ayah aku masih tak bersama dan aku duduk dgn ayah aku kat Taman Merdeka dan Mak aku kat Bukit Rambai . Sekali Sekala Mak aku datang rumah tapi kat belakang rumah la bawak makanan dan kdg kdg bagi aku duit .. Dia kerja kat Kilang Karimoku di bukit rambai .. Setiap kali mak aku datang aku akan menangis gila gila sebab sedih . Time aku form 5 aku lebih banyak ponteng sekolah dari pergi sekolah disebabkan tekanan hidup kat rumah . Aku tak salah kan Mak dan Ayah aku tapi bila kita meningkat dewasa kita juga ada hati dan perasaan .

Lepas Result SPM keluar aku dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa . Surat sampai kat rumah aku dan kebetulan aku yg amik surat tu . Kat situ ada beberapa fees yg perlu dibayar jika tiada biasiswa ditawarkan . Mungkin sebab status aku ..aku tak dapat apa apa biasiswa .. sebab ada classmate aku yg result lagi teruk , anak cikgu jugak,  dapat biasiswa utk ke Universiti ... So kesimpulannya disebabkan status Kemelayuan aku ni dipersoalkan mkan mungkin sebab itu aku tak dapat .. So Surat Tawaran tu aku koyakkan dan tak bagi tau pun Ayah aku sebab aku tau dia takde duit tuk bayar yuran kemasukan tu ...

Lagi pun aku dah buat keputusan yg aku akan balik Bukit Rambai untuk duduk dgn Mak Aku sebab waktu tu Ayah aku dah kawin lain . So aku rasa lebih baik Ayah aku concentate kat Family baru dia ....

So kesimpulan dia Zaman Sekolah aku ni aku rasa walaupun kena bahan kaw kaw tapi mungkin tak seteruk orang lain .. atleast disebabkan aku dipulaukan oleh sebab nama aku , keputusan perika aku not that bad .. And i can speak english very well due to i have got nothing else to do .. reading all kind of material make me what i am today .

So sifat Racist dalam aku membesar sangat sangat tinggi dalam masyarakat kita , anak keling , anak kapir , anak muslim jadi kekuatan aku . Belah Mak aku bukan Melayu , Belah Ayah aku bukan India ..

Belah mak aku bukan Islam yg sebenarnya , belah ayah aku Islam dan di pandang senget ..

So ianya menjelaskan kenapa aku jadi mcm ni sekarang ...

Part 2 coming soon ...

From miskin papa kedana kepada berduit sikit dan menjadi bengkrap akan menjadi isi tulisan saya seterusnya ...

Maaf cara penulisan agak beterabur .. saja nak share coretan kehidupan sebelum kita dijemput illahi

Assalamualaikum semua












25 comments:

  1. Rasa nak nangis baca, sebab aku dapat ape segala aku nak, aku budak cerdik, in the end i failed to live to my potential. Tgok abg punya life makes me think how fortunate and stupid i am

    ReplyDelete
  2. Salam bos.. Tak sabar tunggu sambungan.. Penulisan dan susunan cerita sgt menarik bg saya.. Sy dh syak bos org temerloh dr lenggok percakapan bos masa buat live.. Koi pun org temerloh dn selalu kene ejek sebab nama pelik.. Tahniah bos.. Kerana pengalaman bos memembina kecekalan bos pada hari ini.. Tabik..

    ReplyDelete
  3. Tkasih atas penulisan...semua org ade kisahnya...moga jadi panduan kpd org muda

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman. Semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan..InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Next episod lama lgi ni ..stay tuned

    ReplyDelete
  6. Nexr boss..cerita inspirasi

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian Bos...semoga Bos dan keluarga diberi keberkahan dalam hidup, diberi kekuatan utk membantu lagi ramai org diluar sana... Semoga Bos sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..InsyaaAllah aamiin3x Yaa Rabbal'alamiin..

    ReplyDelete
  8. Sumber Inspirasi: Gaya, Mutu, Keunggulan!!

    ~isi dan kulit~

    tkasih bos. 👍👍

    ReplyDelete
  9. Balik² dengar cerita mesti saya tersentuh. Baca ni lagi saya nangis boss. Kalau buat wayang mesti banjir dengan tangisan saya ������

    ReplyDelete
  10. "Perfection is not affainable, but if chase perfection we can catch excellence"..
    Insperation Story.. next..

    ReplyDelete
  11. Hebat! Too much inspiration ere...

    ReplyDelete
  12. Sya di munshi (SMMA) tahun 1990.

    ReplyDelete
  13. Semoga pengalaman hidup boss ni menjadi penguat semangat untuk mereka2 terus maju jaya & berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  14. Pengalaman hidup yg penuh dgn cabaran.. Very inspired

    ReplyDelete
  15. Menitik airmata saya baca cerita ni.. Kisah duka ulang berulang.. hati duka jiwa kecundang... tp boss Arie Sham tak pernah kecundang.. makin kuat dan kuat..Inspiring...

    ReplyDelete
  16. Hebat perjalanan hidup boss...moga2 ada sambungan..dan menjadi inspirasi pada yg lain...

    ReplyDelete
  17. Perjalanan hidup dan dugaan begitu besar diberikan Allah ternyata dapat membantu muslim yang lain. Terbaek bossku..teruskan perjuangan sehingga ke liang lahad.. Aamiin.

    ReplyDelete
  18. Betul2 boss kuat semangat. Terima kasih atas perkongsian yg penuh makna

    ReplyDelete
  19. Allah dah susun jalan hidup kita...

    ReplyDelete