Saturday, 3 August 2013

SALAMFONE.. SATURDAY NITE FEVER

Salam semua

Hari ni kebanyakan org dah nak balik raya.  Kami di group one telco masih sibuk menyelamatkan pelanggan pelanggan kami.  CEO salamfone mungkin dalam perjalanan balik dari jepun.. Ye la holiday la katakan. Peneraju Salamfone perkhidmatan telekomunikasi syariah pertama  di Malaysia  ni.

Kita nak berfikiran positif tentang segala-galanya. Tetapi apabila sesuatu masaalah melanda sepatutnya pekara pertama ialah utk beliau pulang ke Malaysia. Ini buat selamba katak kata tak boleh balik sebab tiket mahal la,  tsunami kat sini la, doraemon tak bagi la, ultra man  tengah gaduh dengan raksasa la..  Cuba fikirkan apa alasan untuk beliau tidak balik pun dah cukup utk kita berfikir bukan bukan.

Hari ni aku betul betul  down.. Mungkin stress  yg begitu tinggi dan masih memikirkan talian yg masih disekat . ditambah pula laporan dari pengguna yg mereka tidak boleh membuat panggilan ke maxis atau menerima panggilan. Aku tak boleh nak selesaikan semua masaalah.. Nasihat aku pergilah report ke skmm. Masih ada yg menyalahkan kami kerana pekara ini.

Hari ni aku tak berdaya nak bangun,  kepala ni pening sgt sgt,  badan ni telah reject segala kudrat aku utk terus mengadap pc utk proses mnp...

Mungkin jap lagi ok kot..

ok sejam baring ... bangun buat kerja balik ... kematu dah jari ni ... dapat terima call,  ini prediction aku,  korang tgk kalau anything ok, ari isnin talian salamfone mungkin akan dibuka sementara sehingga hujung bulan 8 .. tapi aku rasa mcm tak de jer .. lantak korang la weyyy .. aku tgh bizi selamatkan pengguna ...

SATURDAY NITE fever betul ni.

Out there We are ONE.

Selamat Malam semua

Ariesham

3 comments:

  1. projek syariah, tak kira lah bidang pe pun... perbankan syriah ke, finance syariah ke, lbh2 lg bidang baharu 'telefon syariah' boleh buat bnyk duit samada ianya berterusan atau 'dihentikan' sekerat jalan. 'org ramai' adalah pada asasnya sngt2 menyokong projek syariah, malah sanggup berkorban (hati dan jiwa hatta nyawa) manakala 'org tak ramai' membuat keuntungan lumayan.
    bg sesetengah manusia di dlm golongn 'org tak ramai' ini mereka hanya fikirkan $$$ (dosa pahala ketepi, simpati apa lagi...). utk dpt kn $$$ mereka akn cuba memanipulasikan keadaan. inilah golongan usahawan yg 'berjaya' manakala golongan lain adalah 'mangsa'. maaf jika pd hemat saya anda dikategorikan 'mangsa'.
    kejayaan seseorang usahawan bnyk bergantung kpd jumlah mangsanya. atau dlm lain kata kejayaan seorg usahawan itu terletak pada berapa ramaikah yg sanggup menjadi mangsa.
    pun begitu seandainya anda masih merasakan anda adalah 'player' sejati maka teruskanlah perjuangan, atau lebih selamat jika anda bersara awal supaya anda dpt tersenyum sendirian di usia 60 atau 70 bila mengenang kembali saat2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your comment sir.. Bagi saya perjuangan harus diteruskan.. Utk jadi kaya dgn perniagaan ini bukan motif utama.. Apa yg ada dgn kekayaan jika sikap tidak berperibadi kan muslim sejati..

      ONE telco akan terus berjuang insyallah

      Delete
  2. ultra man tengah gaduh dengan raksasa la..

    TABLEY BLAHHHHHH tul la
    wakakaka

    ReplyDelete