Thursday, 1 August 2013

SALAMFONE DITUTUP .... ADAKAH INI PELAN TERANCANG YG JAHAT ?

Assalamualaikum WBT semua ..

Di Jumaat lalu bersamaan 26hb Julai, sedang saya bersama keluarga saya dalam perjalanan ke Senawang Taipan utk persediaan hari raya,  kereta MPV buruk saya rosak secara tiba² di tepian jalan yang mana saat ketika itu keadaan jalan yg teramat jem/sesak gilebabs, dan anak seramai 4 orang juga ditemani seorang anak buah saya... Saat dan ketika kekalutan ini telefon saya tak berhenti berbunyi yang mana sangat merimaskan.. Melalui paparan nombor di skrin menunjukkan ia adalah panggilan dari no yang agak pelik juga jarang di terima oleh saya... (+818047723013).. perghh... "dari Jepun ni", namun saya abaikan je dan fokus saya pd waktu tu hanya pd masalah kereta yang tgh rosak memikirkan mana nak cari bantuan yang pastinya tiada pomen yg brani nak redah kesesakan... Sekali lagi telefon bunyi dan panggilan adalah dari CFO saya memaklumkan "it's a bad news la bro.. Maxis terminate Salamfone start malam ni". Aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hancussssss )(*&)(*^%^$&) bengang giler...

Berita ini nyata telah menyebabkan emosi saya berkecamuk dan marah terhadap MAXIS yg bagi saya bertindak jahat dan kejam.... Kenapa saya begitu marah?

Ini adalah kerana saya merupakan sahabat  ONE TELCO yang menjadi rakan niaga kepada SalamFone. Usahasama ini bermula pada bulan September 2012 yang lalu dan sehingga KINI kami telah mendaftarkan sekitar 50 ribu pengguna talian prabayar..






Selama tempoh kami beroperasi, JUALAN sangat memberangsang dan menggalakkan di mana kami berjaya mencatatkan jualan mencecah  2.7 jutaan ringgit...

Dan yang lebih mengusut dan memeningkan kepala saya memikirkan apa bakal terjadi kepada nasib rakan² pengedar saya yang telah berjuang juga bertungkus lumus memasarkan produk ONE hanya melalui bantuan plan pemasaran yg teramat lah minimal sekali... Bermula hanya dengan borang photostat.. starterpack SalamFone yg berbeza sekali module marketing plan... Di samping kurang pengalaman dalam bidang telekomunikasi , tanpa kedai atau stokis DEALER ONE TELCO saya sanjungi perjuangan anda di dalam perniagaan ONE TELCO yang kita perjuangkan bersama... Pencapaian anda semua adalah luarbiasa di dalam bidang telekomunikasi juga pembekal semangat kami warga Onetelco untuk terus berusaha tanpa kenal erti penat dan letih setiap saat dan minit... Tanpa khidmat iklan yang memerlukan jutaan ringgit, tanpa penampilan uniform lengkap, sungguh pilu dan terharu melihat anda membuat banner dengan inisiatif sendiri, fliers sendiri, t-shirt sendiri... aduhhh tiada kata yang dapat saya ungkapkan di bibir hanya melainkan kita merupakan 'MELAYU BARU' yang sering di kecam dan di tindas masyarakat asing di bumi sendiri juga sentiasa dilabelkan sebagai MELAYU malas, bodoh, tak tau berniaga dan berbagai tanggapan² negatif terhadap MELAYU dan MUSLIM. Wujudnya kami dengan Onetelco yang memperjuangkan prinsip SYARIAH yg dibawa oleh SALAMFONE ..


Gambarajah di atas ini adalah JUMLAH insentif kepada pengedar² ONE TELCO. Bayangkan 330k telah diagihkan kpd peniaga² bumiputera yg menjadi sumber pendapatan baru mereka. Dan jumlah ini semakin naik setiap bulan dan jumlah ini belum termasuk keuntungan jualan runcit mereka kepada pelanggan. Ini hanyalah insentif daripada jualan topup yg dilakukan oleh mereka semua. Modus operandi kami ialah utk membawa sumber ekonomi ini kepada bumiputera muslim atau semuanya sebenarnya yg rata rata tiada kekuatan modal yg besar.. Untuk menjadi Pengedar ONE modal hanya sekitar RM290 ringgit sahaja.. Cuba la jadi pengedar bagi TELCO² lain boleh ke dgn RM290 ringgit sahaja anda boleh dapat keuntungan sebegini? Cuba kira berapa peratus yg kami kongsikan kepada pengedar² kami.. tak payah lah saya nak reveal kerana angka yg saya paparkan sudah menceritakan segala-galanya.. Insentif ini juga mereka dapat dari semua jualan topup di E-pay, 7 eleven dan jualan peribadi mereka. ONE TELCO membuat modul business plan yg berkonsepkan perkongsian keuntungan. Maybe ada orang akan cakap kami bodoh sebagai syarikat tetapi niat dan tujuan kami mengatasi segala galanya.
Bagaimana saya nak buat sekarang? Apa akan saya jawab dengan semua pelanggan pelanggan kami? Bagaimana saya nak menjawab dgn pengedar² kami yg bakal menjadi amukan pelanggan-pelanggan mereka? Bagaimana dgn kredit yg masih ada pada telefon mereka? yg paling parah bagaimana pelanggan pelanggan kami nak berhubung antara satu sama lain.. LINE DISCONNECTED...Simkad Tidak Aktif....!! Ya Allah apa aku nak buat niiiiiiiiiii.....
Perasan marah membuak² terhadap MAXIS sebagai pembekal talian kini semakin menebal, MAXIS sangat kejam.. MAXIS menyekat melayu dan MUSLIM utk berjaya.. Melayu ingin berniaga di tindassss tanpa rasa perasaan bersalah..... arghhhhhh tensionnnnnnnnnnnnnnnn.. Dgn perasaan yg sebegini the only way yg saya boleh buat ialah meminta tolong daripada peringkat tertinggi yg mempunyai kuasa seperti pemimpin dan juga Menteri. Target utama Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek.. twitter.. facebook adalah sasaran saya bermula pada hari Sabtu (MAAFKAN SAYA DATUK SRI) saya tidak ada cara dan jalan lain).. bukan sahaja beliau, malah PM kita pun saya kacau, KHAIRY JAMALUDDIN pun saya kacau... errr sape lagi ye... TPM MUHYIDDIN YASSIN, SHAHIDAN KASSIM, RAFIZI RAMLI dan paling tak masuk akal adalah DR MAZA.. (ape kene mengene DR MAZA ni pun saya tak tau). Kepada mereka mereka ini SAYA MEMOHON MAAF sgt² kerana pada waktu itu Sabtu dan Ahad.. saya tidak mempunyai arah utk mengadu kerana TALIAN SALAMFONE telah ditamatkan perkhidmatan oleh MAXIS.. kenapa la MAXIS terminate line ni pada hari Sabtu.. lagi la saya bertambah marah kerana pada waktu itu saya berfikir ini adalah niat jahat MAXIS ...

Di atas laungan² saya di twitter dan facebook orang pertama yg respond ialah KHAIRY JAMALUDDIN... mungkin dia semak dgn tweet saya ni and for the sake of making me silent he responded he he he .. ikuti lah rentetan tweet saya ke menteri menteri ..saya mmg tak reti pakai tweeter ni .. so begini la kesahnye :-



























korang boleh chat ngan menteri tak ..ha ha ha aku dah ... sorry dato maaf bebanyak .. gila respect la saya kat dia ni , dalam kesibukan dia , dia boleh pm saya .. kul 3 pagi ke 4 pagi ..entah bila masa dia tido pun aku tak tau ...tabik dato saya janji tak buat lagi ..........



ini lah hasil nya apabila saya buat kerja gile tweet menteri , komen kat fb mcm orang gila.. hari Isnin Salamfone dipanggil mengadap SKMM dan pertemuan dgn MAXIS... Pada waktu ini perasaan marah masih membara terhadap MAXIS dan beranggapan pertemuan ini adalah peluang saya utk berdepan dgn MAXIS yg kejam ni . Siap ko MAXIS ....

Pada hari isnin pagi pertemuan saya dgn management SALAMFONE berlaku .. dan pada hari ini lah disebabkan kebodohan saya , kemarahan saya , Saya telah melakukan kesilapan besar . Conference call berlaku diantara saya , saudara badrol izman bersama sama staff salamfone dengan  acting CEO salamfone .(aku nak tulis nama tapi aduyaiii korang carik la sendiri) Didalam perbualan ini dia menyuruh Badrol Izman iaitu CFO utk one telco utk menjadi CEO kerana saya mempunyai masaalah dgn status saya ( Jahanam la aku lepas ni ) Tetapi pada waktu itu Nama saya menjadi pilihan kerana Staff Melayu SalamFone tau saya yg innitiate pertemuan SKMM dan MAXIS pada hari Selasa . Saudara Badrul pun berpendapat yg sama , kerana merasakan bahawa dgn kehadiran CEO Melayu dan ISLAM akan memberi weight kepada arguement kami di SKMM dan MAXIS dan mencerahkan peluang utk MAXIS membuka balik talian salamfone yg dihentikan oleh Maxis . Bodohnye aku ni tetapi pada waktu itu saya hanya memikirkan nasib nasib subscriber yg merana dan marah kerana talian mereka tidak boleh membuat panggilan .. Dalam hati kalau aku kena charge pun pasal ni takpe la , janji subscriber ONE TELCO dan SALAMFONE dapat berhubung melalui talifon masing masing .

   Mula mula SKMM bertemu dgn kami SALAMFONE .. saya pun apa lagi teruslah menghentam Maxis dan menuduh mereka mcm mcm .. ye le tengah geram .. tapi SKMM cool jer .. teruk jugak lah saya nak menafikan rules and regulation dalam bidang ni .. ye la rambo jer ... aduyaiiii atleast saya belajar banyak benda kat situ .. Thanks for the lesson MR Txxx

Selepas giliran kami SKMM bertemu dgn MAXIS pula ... dalam 30 minit SKMM masuk kembali dan mengatakan segala cerita kami kepada mereka ada banyak yg tak betul .. aduhhhhh apa yg aku tak tau ni ... Giliran bertemu MAXIS ..inilah masa nyaaaaaaaaaaaaaaaa...arghhhh aku akan lawan habis habisannnnn

Saya tak boleh nak dedahkan perbincangan dgn MAXIS tetapi apa yang boleh saya kongsikan ialah dari segi tuntutan MAXIS mempunyai segala hak utk menuntut apa yg SALAMFONE patut turuti .Jika ada pun sepatutnya SALAMFONE harus menyelesaikan nya dgn cara yg lebih bagus , iaitu merendah diri sikit dan minta rayuan dgn MAXIS ,  Aduhaiiiiii banyaknya benda yg perlu SALAMFONE jelaskan dan saya hanya berdoa didalam hati agar biarlah MAXIS lembut hati utk bagi peluang . Dan ternyata MAXIS bagi ruang dgn menyuruh kami membuat proposal kepada mereka ( sepatutnya SALAMFONE dah lama buat benda ni aduyaiiiiii ) dan jika mereka berpuas hati mereka akan consider membuka talian secepat mungkin .

Apa lagi terus balik bangsar meeting meeting meeting ..buat proposal hantar ke MAXIS terus sms MAXIS punye MVNO head .. tak sampai 5 minit dia jawab ( ehhh salamfone punya acting ceo kata MAXIS ni sombong arrogant ) wahhh .. kira pantas jugak la dia jawab .  Dia kata dia dah baca proposal tu dan besok pagi dia akan present kat board lepas tu dia akan inform saya . Saya pun balik dan berdoa agar MAXIS punya board akan berlembut hati dan akan membuka line SALAMFONE .. pada malam itu ramai DEALER DEALER ONE TELCO membuat sembahyang hajat , berdoa ramai ramai ..dan ada yg nak derma kan insentif mereka supaya kami boleh membayar segala tuntutan MAXIS .. Ya allah malam itu tak berenti saya mengalirkan air mata kerana melihat semangat dealer dealer ONE TELCO dan Staff Staff mendoakan kejayaan kami utk kembali beroperasi .. sampai pagi saya tak tido menunggu keputusan dari MAXIS .

Pagi SELASA .. berapa hari tak tido ni , tido pun dalam sejam dua saje ..Kat kepala otak terbayang pengguna pengguna yg tak dapat guna line ni ..harap harap hari ni settle la .. pukul 7.30 pagi saya sms MAXIS punye mvno head .. perghhh dia jawab tak sampai 5 minit .. dia kata lagi 2 jam dia akan beritau saya ... tepat 2 jam ..perghhh gile ..accurate betul dia ni .. Dia sms meeting kul 4 kat menara MAXIS .. saya pun buat conference call dgn stephen .. pada waktu itu dia menyuruh saya agar tidak bersetuju jika MAXIS menuntut pekara pada tahun 2012 kerana baginya ianya adalah tidak adil ( bagi saya ianya tuntutan yg cukup adil kerana ianya adalah tuntutan yg sah ) ..dalam kepala hotak saya dah merasakan sesuatu tidak berapa betul disini tetapi disebabkan memikirkan nasib pengguna pengguna ONETELCO dan salamfone saya ketepikan perasaan pelik yg berlaku itu . Dan ACTING CEO SALAMFONE  berkali kali menyuruh saya agar tidak bersetuju dgn segala tuntutan maxis itu .. saya pun ok je la ..arghhh pergi je la mengadap ...

Sampai ke MENARA MAXIS ..wahhh saya first time naik tuuu .. terus menunggu diruang tamu di tingkat 8 dan kami masuk ke meeting room dan bersama saya adalah team yg sama tetapi ada tambahan staff dari salamfone iaitu dua orang top management salamfone berbangsa india .. Saya malas nak sebut nama kerana saya berpendapat mereka ini hanya menurut arahan dari Sxxxxxxx ( nama saya rahsiakan ) perbincangan bermula ....

Maxis memulakan mukadimah mereka , kami memberi sepenuh perhatian dan berdebar debar menunggu keputusan mereka .keputusan nyer jeng jeng jengggg

MAXIS melupuskan tuntutan mereka pada tahun kedua ( Saya bermula pada hujung bulan 9 tahun kedua ) dan hanya menuntut hak mereka pada tuntutan tahun ketiga iaitu pada bulan feb sampai jun .. Dan tuntutan ini boleh diselesaikan dgn bank guarantee yg SALAMFONE ada .. ( perghhh best ni ) dan MAXIS akan membuka talian jika salamfone BERSETUJU dgn permintaan mereka dan tetap akan terminate SALAMFONE pada hujung bulan 8 ... gulpppppppp adoiiii yaiiii ... Saya terus merayu kepada MAXIS dan menceritakan tentang kejayaan tahun ketiga dan jualan yg semakin meningkat . Mereka bersetuju mmg ada peningkatan berlaku ( TAHNIAH KPD ONE TELCO DEALER SEMUA , pencapaian kita mendapat perhatian dari MAXIS ) tetapi jawapan HEAD OF MVNO Maxis secara sinis telah memahamkan saya apa cerita yg tersembunyi dibelakang . Jawapan beliau ... We are not dealing with you Arie ( it may be aknowledgement of ONE TELCO TEAM maybe) ..we see you as SALAMFONE .. And we judge SALAMFONE on their first year and second year achievement . We are sorry but we are firm with our decisions despite everything that had happen in the 3 rd year ( 3rd year belum habis lagi ni ) .

Saya merayu lagi dgn nada yg tengah menahan nak menangis tetapi saya kuatkan semangat saya dan memberitahu mereka yg saya tak boleh nak menahan kemarahan orang ramai terhadap MAXIS walaupun saya tahu pada waktu itu ianya bukan salah MAXIS langsung . Tetapi yg penting saya harus terus balik ke office dan membuat conference call dgn Sxxxxxx x( tak balik lagi dari jepun pergi holiday katanya ) tentang kejayaan saya supaya salamfone tidak perlu membayar komitment tahun kedua ..dan hanya membayar hutang tahun ketiga ..tak banyak pun 1 juta lebih je ... dan talian akan dibuka dan boleh la pelanggan pelanggan salamfone port out no masing masing dan saya boleh lega dgn keputusan itu .. Tapi Tapi Tapi ... Acting ceo yg tgh best holiday kat jepun tu berkata jumlah itu tak betul dan suruh email balik MAXIS dan baru mereka akan membayar ..kalau tak mereka taknak bayar ... Pada waktu itu nak je saya amik kerusi baling kat muka dia kalau dia ada kat situ ... siot tul ...apa lagi yg dia nak ni .. mula la saya berfikir betapa bodohnya saya ... bangangnye saya ... tetapi saya memikirkan talian syariah yg diperjuangkan oleh SALAMFONE saya terus bersabar dan menghantar surat susulan kepada MAXIS . saya tau ini akan mengambil masa yang lama ... Selama ini MAXIS berhubung dgn saya melalui email rasmi yg dibuat oleh Salamfone utk saya .. Dalam surat susulan ini ianya hanya meminta MAXIS membetulkan jumlah yg perlu di bayar dan jika betul SALAMFONE bersetuju dgn cadangan Maxis itu ..

Saya terus kebawah , dan pada waktu itu saya tak perasaan siapa tapi salah seorang rakan saya , ehh port out ke XOX boleh la ... TINGGGGGGGG Idea mula masuk , mula mula call MR TAN iaitu rakan atau lebih patut saya kata kawan saya di XOX .. dialog nye mcm ni ... Tan ..i need a favour , we have problem with salamfone .. and i want to port out all one telco customer to xox and can you give me 1000 MNP asap ... Jawapan TAN (cina yg selalu kita kutuk dan labelkan sebagai anti melayu ).. ehh bobie what happen ? ok ok will send you later, you write me a PO ..we settel the payment later .. alamak senang nye nak mintak tolong .... apa lagi meeting jap ngan staff terus buat announcement kat group ONE TELCO mengatakan kita akan membuat portout percuma dan akan menyelesaikan masaalah masaalah pengguna ... yeayyyyyy ..

balik office , beritahu dealer ..ONE TELCO mengambil langkah pertama membuat announcement kat group kami di FB dan ramai dealer dealer bersetuju dan pada hari itu sahaja 1000 mnp berjaya diselesaikan .. tak balik rumah kitaorang malam tu ..tido kat office ... apa yg penting selesaikan masalah pengguna dulu ..dan dealer dealer waktu itu menyokong saya sepenuh hati dan mereka membuat kerja masing masing mengwar warkan berita ini kepada customer kami secara offline dan online .. Alhamdulillah ..

Malam itu saya order lagi 5 ribu MNP .. XOX terus hantar tanpa banyak songeh dan masih tak tau apa yg berlaku .. saya kata dgn TAN ..nanti saya bayar la TAN ,,jgn risau .. sampai je barang dalam kul 3 ..kul 4 dah habis ,,aduyaiii laju tul ..saya order lagi 5 k ..sampai lagi dalam kul 7 stengah ...berbuke kemana apa kemana lantak lah ,,janji nak selesaikan port out ni utk customer customer ONE TELCO .. saya ada bagi tau SALAMFONE tapi diorang mcm tak berminat je nak mengarahkan pelanggan mereka utk membuat pekara itu .. saya pada waktu itu heran jugak apasal diorang taknak bagi tau secara rasmi .. ONE TELCO bagi MNP PERCUMA ni ...siap hantar lagi ..tapi pakai stem la ....nak pakai kurier kami tak cukup fund ..tapi ada dealer dealer yg datang sendiri ambil dan hantar kepada pelanggan pelanggan kami ..SEMANGAT DEALER ONE TELCO SAYA SANJUNGI , MEREKA DATANG DARI JOHOR , MELAKA , NEGERI SEMBILAN , PERAK , PULAU PINANG , KEDAH , KELANTAN , TRENGGANU , SELANGOR DAN KL jgn cakap la ... penuh office kami dgn mereka yg begitu prihatin kepada nasib nasib pelanggan kami yg 99.99 % adalah melayu dan ISLAM .. bagi saya pengorbanan ini amat dituntut oleh ISLAM utk mengelak syarikat SALAMFONE YG BERTERAS KAN SYARIAH ini dipersendakan oleh orang ramai walaupun salamfone sendiri tidak mengambil langkah seperti kami di ONE TELCO ..

Dalam pukul 10.30 malam saya bersama JOE dan REMY pulang keseremban ..kami duduk seremban berulang tiap tiap hari , selingan sikit .. AES KAT SERDANG tu dah banyak kali tangkap gambar saya ..aduyaiiiiii dah dah la amik gambar tuuuuu ... ok ok sambung citer ...Balik jumpa isteri saya dan anak saya yang bertanya kenapa papa tak balik rumah ... Sya hanya menjawab banyak kerja je .. tapi dalam hati mula terfikir lepas ni saya nak buat apa pulak ... hilang lagi mata pencarian ..arghhhhh takpe la .. tu pikir kemudian yg penting nak bela nasib pengguna pengguna TALIAN SYARIAH ni sebab saya merasakan tanggungjawab melepaskan seksa pelanggan aadalah pekara priority ... sampai rumah dalam pukul 12.30 .. 2 jam baru sampai seremban sebab apa tau tak ? SI JOE ni teringgal pulak kad MNP Awal uker dan geng geng kat seremban ...masa tu dah sampai bangi dah ...aduyaiiiii pusing balikkkk .. CHELSEA MMG KOMAN LA DER... lepas mandi.. rilek berborak dgn GOTIE.. bini saya la tu.. lepas borak borak saya tido dalam kul 4 pagi.. dan bangun jam 5.30 pagi.. then hantar anak skolah.. masih berfikir mcm mana nak buat dgn baki kredit yg ada semasa pemotongan line tu.. SALAMFONE hanya suruh buat aduan kat pelanggan dan akan kira kemudian.. bagi saya aduyaiii kita ni harus pulangkan hak pengguna walau dgn apa cara sekali pun... ini adalah dituntut oleh agama kita ..ini adalah tuntutan SYARIAH ... saya harus buat sesuatu suddenly, a brilliant idea came up ?


Saya terus call Mxxx Lxxx (pun rahsia gak) .. dia antara bos² XOX .. saya cakap dgn dia tentang semua pekara.. pukul 7 pagi tu .. Dia kata jumpa kat office XOX .. saya pun call JOE , REMY .. tapi tak berjawab .. yela letih dan dua malam tak tido ... Akhirnya joe jawab .. saya kata jom kita shoot g kerja ... Nak pergi xox .. tapi sebelum itu semalam salamfone dapat email dari SKMM utk meeting bagaimana nak menyelesaikan masaalah pelanggan pelanggan SALAMFONE .. saya ckp dgn ALFIE yg saya sgt sibuk sebab nak selesaikan tanggungjawab saya kpd pengguna ... awak pergi la ... Saya minta MAAF SKMM sebab saya hanya CEO JADIAN bukan CEO betul betul .. CEO SALAMFONE TGH HOLIDAY KAT JEPUN ... arghhh dalam hati kena charge dgn SKMM pun tak pe la saya nak selesaikan masaalah pelanggan ONETELCO dan SALAMFONE ...

Didalam kereta saya bercerita tentang idea saya .. bagaimana jika kita buat announcement yg SALAMFONE akan membantu pelanggan pelanggan kami membuat penukaran perkhidmatan ke XOX secara percuma dan baki kredit akan dikreditkan semula secepat mungkin .. Tempoh VALIDITY yg panjang iaitu selama 28 bulan akan diberikan .. Short call dibawah 10 saat adalah 5 sen seminit dan golden rate dgn TOPUP 40 ringgit akan dapat kadar panggilan yg paling MURAH DI MALAYSIA dan Tanpa PAY PER USE ( ada sebab ni ) ... err tapi berapa kredit yg ada kat phone diorang tu .. saya terus call teknikal dan saya terus dapat segala data ..chantekkkkk ...jumlah rm 380 ribu ... erkkk mana nak cekau ni ..arghhh takpe la .. Terus call BAD ..ckp ngan dia ..bro lu call sape sape wa nak pinjam 380 ribu jgn banyak tanya ...kalau takde member lu carik along ...ok chow .. dia jawab ok ok .. he he he sory bad .. Ini akan menunjukkan yg SALAMFONE adalah ikhlas utk membantu pelanggan mereka dan menunjukkan bahawa pegangan SYARIAH PRINCIPAL itu adalah tunjang perjuangan SALAMFONE .. takpe la saya tak dapat kredit pun takpe ,,tapi SALAMFONE harus membuat announcement itu kerana tumpuan ramai menuju kpd laman web mereka atau PRESS RELEASE yg boleh mereka buat anytime ... Sampai xox cerita dgn MARK ..dia ni pun kawan saya juga , saya terus bercerita bagaimana exercise ini akan menyedarkan rakyat MALAYSIA yg kita walaupun berlainan bangsa dan agama akan bersatu menolong rakyat MALAYSIA yg sedang kesusahan kerana terputus hubungan dgn semua orang gara gara talian yg terputus ini .. DAN KAMI AKAN MENUNJUKKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA INI BENAR BENAR WUJUD .. saya rasa tak sampai 10 minit MARK kata ok XOX akan subsidize airtime yg hilang tu berjumlah 380k ..nanti kita kire belakang belakang ... yg penting kita settle ini hal dulu ... YA ALLAH Senang nya saya dapat selesaikan masaalah ini , kredit dapat balik , airtime 2 tahun .. MNP percuma ...dgn perasaan gembiranya saya memecut ke office salamfone dan berkongsi khabar ini dgn managment salamfone ..dan bersama sama memikirkan mekanisma ini ... Sampai disana saya terus sampaikan khabar gembira ini kepada OPErAtion Director ..jawapan dia sangat sangat memeranjatkan saya .. ini jawapan beliau :-

"arie you can email sxxxxx and seek approval from him because i think he need to talk to the owner about this"
saya : What ? why ? wadehell man ...
Dia : You better call sxxxxx arie ..i have no say la arie
Terus dgn cepatnya pergi ke meeting room saya call no jepun tu terus cakap dgn sxxxxx berita gembira ni jawapan dia ..
ARIE I NEED TO SPEAK WITH THE OWNER .. YOU EMAIL ME BUT I THINK THEY WONT AGREE WITH IT ... saya tanya balik .. WHAT IS THE REASON

.. dia jawab ..
 IF WE DO THIS IT MIGHT JUST AFFECT US ON SUING MAXIS .... 
astagafirullah al azim ... ya allah kenapalah aku tak lihat pekara ini dari awal ... aku berjuang mati matian utk SALAMFONE kembali beroperasi, berjuang mati matian utk menyelesaikan masaalah pelanggan pelanggan salamfone .. berjuang mati matian mempertahankan syarikat berprinsipkan syariah ini ... berjuang mati matian nak menunjukan golongan minoriti didalam perniagaan seperti kami boleh membawa imej ISLAM bersama syarikat ini rupa rupanya betullah telahan ramai orang ..yg OWNER SALAMFONE dan ACTING CEO  doesnt give a crap shit about it ( maaf guna bahasa kasar ) Mungkin semua yg mereka lakukan adalah pelan yg tersusun rapi utk menyelamatkan diri mereka dari segi kontrak  ..  Ini bukan tuduhan tetapi anggapan saya bahawa they have plan to failed this operation since the start of terminating all the muslim CEO and Management .. The total investment for BARAKA and SALAMFONE is almost 60 million ringgit , what is the fastest way to exit from this ? you guys figure it out . THIS IS A SANDIWARA terancang ...and Maybe tak betul tapi korang judge la sendiri ok ...

Kehadiran saya menambah subscriber akan menimbulkan rasa simpati masyarakat terhadap SALAMFONE kehadiran saya akan menambah JUALAN SALAMFONE ..dgn graf peningkatan ini, jika MAXIS menamatkan perkhidmatan ini MAXIS akan nampak kejam dan JAHAT ... HEY LISTEN TO THIS TO YOU KUWAITI ,YOU ARE DEALING WITH MALAYSIAN .. WE ARE MALAYS AND MUSLIM , WE ARE NOT STUPID , WE ARE ONE ... you can bullshit all your staff ( kesian kat diorang ni especially yg MELAYU ) You can lie to MALAYSIA ..but by gods will i will get justice from this . I am writing this blog because i want to explain myself to the public before anything bad happen to me .

After this burst of anger , saya ada mengamuk kat office Salamfone kerana bagi saya SKMM banyak kali memberi nasihat bahawa SALAMFONE perlu lebih memberi info kepada pelanggan pelanggan nya . dan saya telah ada jalan penyelesaian .. ( entah betul ke tidak saya tak tau tapi yg penting pengguna selamat ) ... Agak nya kerana emosi saya yg semakin marah dgn tindakan mereka Mereka telah menyekat EMAIL yg diorang bagi kat saya tu .. Dan MAXIS dan SKMM masih berhubung dgn saya tentang masaalah ini . Hari ini JUMAAT saya terima SMS dari MAXIS utk memeriksa email tentang  surat susulan dari Salamfone . Ermmm Email yg mereka buat utk saya telah ditukarkan password .. Dan operation director mereka memberi tahu yg dia menukar password itu kerana kes saya mengamuk semalam dan diatas arahan ACTING CEO yg bagi saya pengecut kerana meninggalkan staff staff mereka ketika kemelut ini melanda .. Hari Khamis minggu lepas ko pergi jepun ..Hari ni dah seminggu 1 hari la mangkukkkk ... Saya menjadi tak tentu arah kerana didalam email itu adalah Jawapan MAXIS bersetuju atau tidak dgn surat susulan .. JIka mereka bersetuju maknanya LINE SALAMFONE akan dibuka balik ... Ini yg saya tunggu tunggu kan selama ini tetapi malang nya saya dah takde Access .. saya menalifon staff SALAMFONE dan memaksa mereka memberitau apa keputusannya .. Diorang cakap ... MAXIS BERSETUJU DGN SEMUA PEKARA DAN ADA LAGI SATU PERMINTAAN AGAR MAXIS DIBENARKAN MENGHUBUNGI SEMUA PELANGGAN SALAMFONE , DAN JIKA SALAMFONE BERSETUJU SILA HANTAR SURAT KEPADA PEJABAT MAXIS SEBELUM PUKUL 5 PETANG  HARI ISNIN ( ACTING CEO SALAMFONE BALIK DARI JEPUN HARI AHAD ) DAN SELEPAS 3 JAM TALIAN AKAN DIBUKA . dan pada hujung bulan 8 talian akan dihentikan .  Sama tarikh dgn kepulangan acting ceo Salamfone yg disayangi oleh staff Staff salamfone.. Kenapa hari ISNIN JUGAK... MCM ADA APA APA JER.......

TO MAXIS .... this is a public apologies from me.. Saya tak tau kenapa anda berdua ada persamaan tentang hari isnin ...( jgn aku lak yg kena saman sudah aduyaiiiii Anandha Krishannnnn tolong akuuuu)
Ada banyak angle yg aku lihat yg aku akan berada didalam masaalah yg besar tetapi apa yg aku buat hanya utk kepentingan pengguna RAKYAT MALAYSIA yg teraniaya dgn masaalah yg dibawa oleh mereka ini , dan pendapat saya mereka ini hanya menggunakan PRINSIP SYARIAH utk meraih keuntungan sahaja .

Allah SWT tu maha besar .. kadang kadang dia membantu kita dalam pelbagai bentuk dan cara , walaupun selepas ini saya mungkin didakwa ( Jgn la tolong la plssssss ) Tetapi segala tindakan saya dan team ONE TELCO hanya menuju kepada satu pekara iaitu kpd pelanggan pelanggan kami yg kami hargai ... menyelesaikan masaalah mereka .. dan pada ketika saya menulis blog ini jumlah MNP yg telah diedarkan telah mencapai 18 ribu keping , dan sedang menuju kearah pelanggan pelanggan kami secara manual ..aduyaiii kalau saya ada duit saya pos laju je semua sim kad ni ..tapi duit takde ni .. SALAMFONE tak bayar lagi insentif kami ... jadi proses ini ditanggung oleh DEALER DEALER ONE TELCO yg sanggup berkorban wang dan ringgit , duit minyak , duit tol , tidor tepi jalan , tido kat office bersama kami .. Ya ALLAH kau balas lah jasa mereka mereka ini , kau murahkan lah rezeki mereka , kau ampunilah dosa dosa mereka kerana yg bersalah adalah aku , yg bodoh adalah aku yang buta adalah aku ...kepada pelanggan pelanggan kami ..saya tiada punca utk memberitahu anda .. jika anda terbaca blog kami hubungilah kami di alamat email ini , support@onetelco.my atau lawati website kami di www.onetelco.my utk tujuan MNP kan no no anda ke XOX secara percuma dan baki kredit anda dipulangkan ...

to XOX ... Terima kasih banyak banyak ..kalau untung banyak tolong bayar zakat ye .... And to Dato Shabery chik , Khairy Jamaludin and Rafizi Ramli ... thanks for responding and i promise i wont kacau you guys anymore ... and lagi satu KJ .. ko buek la sesuatu kek bolasepak nismilan tu ha ... apo toruk bona ... kah kah kah kah ..

Saya pun dah penat menulis ..tak wish pun kat bini saya ..dia sms saya tadi ..maaf tie abang masih berjuang di office ni ..taun depan kalau kita tak bengkrap kita g holiday ye ..( Dah 16 tahun berjanji tapi tak dapat dapat lagi he he he he ).. and lastly to Bad , alfaremi , riemi , fendi , joe enz , shahrul , safiyan , yarahman , khatab , syafika , dhia and ros ...thank you for your support you guys are unbelievable and insyallah we will come back ONE day

to all ONE TELCONIANS.. just remember this

OUT THERE WE ARE ONE

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin


Ariesham

p/s . kami beroperasi di pejabat lama salamfone ..mungkin jadi hal jugak nanti ...... tak habis lagi mnp ni weiiiiiiiiiii bila la nak habisss niii tolongggggggggggggggggggggggggggg


27 comments:

  1. Satu penerangan yang jelas bos. Keikhlasan demi ummah Inn Shaa Allah pasti ada balasannya. Berakit-rakit ke hulu... berenang-renang ketepian... kita bersakit2 dahulu... kemudian2 kita senang... takpelah walaupun saya baru joint one telco petang jumaat (dapat 10kad)... dengan penerangan jelas pasti ada hikmah apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  2. Sy harap klu onetelco ade rezeki lebih. naikan tiang sendiri..dlm perniagaan memang ade pesaing dan iri hati..wujudkan la satu talian yg blh bersaing dgn talian2 yg sedia ade yg mencekik darah pengguna.sy yakin onetelco akan berjaya walaupun lmbt skt..tk perlu modal2 iklan mhl2..sy yakin dealer2 kat malaysia ni sume hebat terutama dealer2 di kluang termasuk la sy.sy tau mcm mane dealer2 kluang berkeje krs utk dpt insentive dan berjuang utk talian yg mgikut syariah..sy doakan satu hari nanti tkde talian yg blh bersaing dgn onetelco.kepada ceo angap la ni dugaan dari allah..allah bg ujian tu tandenye allah syg kite..in sya allah onetelco akan berjaya klu trs usaha..wasalam

    ReplyDelete
  3. Salam hari ni dapat lapuran dari teman teman yg no yg berjaya berpindah ke talian XOX tidak boleh membuta panggilan ke MAXIS dan menerima panggilan ke MAXIS ... apa lagi yg korang nak susah kan rakyat malaysia ni ... tolong la ....kenapa mesti hantar email hari JUMAAT pukul 7.28 ptg dan nak deal hari Isnin jugakkk ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar..cube awake solat istikarah Dan solat hajat..inshallah...mudah la lepas tu..teka teki selesai..ujian ni Arie ..Sabar ya

      Delete
    2. salam. en.Arie Sham, boleh saya dapat contact no. @ fb @ apa saje yg boleh kita berhubung.
      saya shahir, baru lepas baca blog ni, tak niat pun nak baca cuma tengah cari maklumat berkaitan dengan Telco2 ni menarik perhatian tentang kisah ni.
      harap dapat berhubung dengan en.Arie Sham, ada perkara nak tanya & mohon pandangan.
      terima kasih,
      shahir
      017-6666274

      Delete
  4. W'salam..

    Sabar la Bobby. Kadang-kadang kita tak nampak hikmah disebalik kejadian yang berlaku secepat yang kta mahu. Ada kejadian-kejadian yang kita cuma nampak hikmahnya lama selepas tu. Sampai hampir-hampir terlupa pun ada.

    Kami di WICC mengucapkan terima kasih di atas segala usha team One telco. Kami percaya yang One Telco telah berusaha sebaik mungkin.

    Balik bab hikmah keatas segala kejadian, WICC dah ready nak bukak market One telco di sabah. Networking kami cukup besar. kami siap dah beli sim card denagn special requested number untuk sub-dealer kami di sana. Dia pun tak sabar nak kick start the business. Tapi lepas tu dia jadi terlalu sibuk dengan urusan lain dan tak ada orang nak uruskan business One Telco.

    So, kami relax aja dulu. Biar dia settlekan urusan-urusan dia. Bila dia kata ready, kami akan berangkat ke Sabah. hari yang dinantikan tak kunjung tiba. Frust jugak kami di WICC mengenangkan potential income yang terlepas macamtu je. Aku put an average income of RM1 je dari setiap potential subscribers. Networking kami di Sabah sekarang ada lebih dari 100,000 orang.

    Sampai lah kejadian yang melanda One telco dalam tempuh seminggu ni. Nampak terus dengan jelas hikmah kelewatan business contact kami di sabah dalam membuat keputusan. Bayangkan kalau di dah bergerak laju. Memang dia sangat berpengaruh dengan ketua-ketua orang Sulu di Sabah. Tak dapat bayangkan kalau dia terpaksa mengadap pelanggan-pelanggan "warrior" dia tu...aku sendiri tak sanggup haha

    Anyways..

    In sya Allah, kita akan berurusan juga satu hari nanti..

    All the best and our prayers will always be with you and team.

    Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya in advance on behalf of the World islamic Chamber of Commerce - WICC.

    Allah sentiasa mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita, cuma kita yang selalu perasan kita ni terrer. So don't worry, just do your best and let Allah decide :-)



    ReplyDelete
  5. salam ... if dgn gomen not sukses, cube mintak pandangan dr opposition (rafizi ke).. in syaa Allah, sukses :) ...

    ReplyDelete
  6. "Kita dapat apa yang kita tidak hendak, kita tidak dapat apa yang kita hendak.." Saya tidak hendak menjadi muflis tapi akhir nya saya dapat juga, saya hendak berjaya dalam perniagaan saya tapi saya tidak dapat( Itu terjadi pada saya juga seorng Bekas Pengarah yang sudah muflis) ALhamdudilah hari hari yang perit itu telah saya tempuhi selama 3 tahun tanpa pendapatan dan pekerjaan,dengan penuh kesabaran. Jika diLihat dari sudut positif, rezeki itu memang ada walaupun ia mengambil masa untuk kita kembali bernafas..cuma tawakal dan yakin bahawa ini adalah urusan yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  7. Inilah gara-gara si kafir laknattullah yang menjadi Nakhoda menerajui bahtera orang-orang Islam..yang akhirnya dia lari menyelamatkan diri dengan harta dan kekayaan serta membiarkan bathera tenggelam ditelan lautan...seperti apa yang telah di firmankan oleh ALLAH swt di dalam Surah Al-Kafiruun.

    ReplyDelete
  8. Naik tower sendiri tuan! Incase jdi blek,.

    ReplyDelete
  9. Pantang Berundur Sebelum Berjuang. Kesusahan adalah pelajaran terbaik untuk berjaya. Syabas one xox.

    ReplyDelete
  10. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh tuan ArieSham.... Sanggup bersusah payah semata-mata nak memperjuangkan nasib user yang teraniaya...

    ReplyDelete
  11. Contoh kepada semua org2 kita...alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  12. Contoh kepada semua org2 kita...alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  13. cukup teruja dengan kekuatan semangat jati diri tuan arie sham....

    ReplyDelete
  14. Rupanya banyak cerita pahit manis wujudnya ONEXOX ini.. Kesabaran Arie Sham mengatasi segalanya.. TAHNIAH Tuan Arie Sham..!!!

    ReplyDelete
  15. Saya dan Dealer Dealer ONEXOX Sarawak menyokong penuh perjuangan Tuan Arie Sham...walaupun masih terasa sakitnya hati di ketika.....Maxis terminate Salamfone

    ReplyDelete
  16. Anda mmg terbaik!!! Semoga bisnes skrg ni akan bertambah sukses dan berkat..Insyaallah..

    ReplyDelete
  17. Lagi membara utk menentang kapitalis.....

    ReplyDelete