Sunday, 25 August 2019

BOBIE FARID SHAMSUDDIN Part 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Dah lama aku tak jengah blog express aku ni , dan hari ini aku rasa aku akan habiskan masa dengan menulis tentang aku , siapa aku sebenarnya dan apa ceritanya tentang aku ni ..





ni gambar lepas sekolah .. part 2 aku akan cerita siapa dalam gambar ni



So here we go .....

Saya dilahirkan di Hospital Mentakab Pahang pada 6/5/1972 dan diberi nama BOBIE FARID SHAMSUDDIN . Nama ayah Shamsuddin bin Abdullah dan nama Emak Amnah binti Bakar  and aku tak rasa pelik dengan Nama parent aku . Setelah aku berumur 10 tahun baru aku tau yg aku ni anak campur , istilah yg digunakan pada waktu itu atau mix blood . Malangnya mix blood aku ni kasta paling rendah . Ayah aku muallaf berbangsa India dan Mak Aku Melayu Jawa dan mungkin ada keturunan cina baba disebabkan kesepetan mata semua sedara mara aku . So ANAK KELING la aku ni . And aku tak pernah malu utk jadi anak sesiapa pun tapi sepanjang aku membesar nama dan status aku menjadi hal yg sangat besar .

Ayah aku merupakan guru sandaran sewaktu aku mula bersekolah rendah dan kalau tak silap gajinya hanya 200 lebih sebulan . And aku tak tau sangat bagaimana mereka berjumpa dan akhirnya berkawin .


Nama yg menjadi begitu pelik pada masyarakat Melayu . Ia menjadi pelik sebab aku dibesarkan di tengah tengah masyarakat melayu di Temerloh . Aku hanya sedar nama aku pelik bila masuk darjah satu di Sekolah LKTP Sungai Kemahal Triang . Felda baru dibuka dan majoritinya adalah masyarakat Melayu . Panggilan nama seperti BABI menjadi sesuatu yg wajib dan akan aku ingat sampai bila bila .

Balik sekolah aku tanya mak aku kenapa budak budak ejek nama aku ? Jawapan yg selalu aku dapat ialah " Sabar la Long diorang tu saja menyakat dan bergurau tu " . Tapi aku cakap kenapa nak sama kan aku dgn BABI .. Jawapan yg mak aku tak boleh nak jawab .

Thats why aku rasa aku mmg tak ada kawan sekolah yg aku boleh ingat nama diorang sebab mmg aku dipulaukan oleh kawan kawan sekolah . Bukan sahaja Kawan Sekolah malah kalau balik Melaka belah mak aku semua sedara mara aku akan pulaukan kan aku sebab status anak keling . Klau ziarah sedara ayah aku diorang akan pulaukan kan aku sebab aku ni Melayu Islam . Bukan itu saja kalau aku pergi ke masjid pun aku ni tak dilayan dan orang akan cakap aku ni anak kapir .

Sepanjang aku membesar dgn adik aku , Ayah dan Mak aku ni selalu bergaduh depan kita orang , aku tak faham sangat apa isunya sebab waktu tu kecik lagi kan . Tapi topiknya selalu pasal duit dan sedara mara ...  Kadang Kadang sampai naik tangan dan biasanya aku akan keluar rumah dan akan balik bila dah malam . Kawasan Felda waktu itu sangat sangat daif la sebab Letrik pun takde .. jadi duduk la aku dalam gelap sambil menangis . Kenapa menangis pun aku tak tau ...

Kenangan aku di Sungai Kemahal hanya ada pada Hutan Kelapa sawit , tangguk udang kat sungai kecik , main sorang sorang ditapak pembalakan dan takde satu nama pun yg aku ingat . Aku biasanya hanya duduk rumah baca buku sekolah yg mak aku akan pastikan aku baca buku tu setiap hari .

And atas sebab itu keputusan periksa aku dari darjah satu hingga darjah tiga tak pernah dapat no 2 dan semua subjek aku score 100 .

Sampai ada sekali tu ada cikgu yg tak puas hati katanya ayah aku supply kertas soalan periksa and suruh aku ambil balik periksa . Semua soalan baru dan aku score semua 100 lagi . Semua subjek aku hanya ambil masa 15 ke 20 minit sahaja nak jawab . Mungkin masa tu cikgu sekolah tak puas hati ANAK KELING ni pandai sangat kot .

Masuk darjah 4 kitaorang pindah ke Kg Tengah Temerloh pahang . Ayah aku mengajar di sekolah rendah kuala triang dan aku sekolah di Kg Tengah Temerloh . Bermula lah lagi episod kena ejek kat sekolah dan kena pulau sebab status Nama Aku ni . And aku hanya ingat satu nama iaitu Shahruddin . Sebab aku ingat dia ialah sebab dari darjah 4 sampai darjah 6 aku gagal nak memnang dgn dia waktu periksa . Selalu aku dapat NO 2 ... Semua Subjek dia score 100 dan aku selalunya tak dapat markah pernuh dalam subjek lukisan ( siot tul ) ...  lagi satu ialah danial sebab dia duduk dekat rumah sewa kitaorang kat kg tengah tapi selalunya ayah dia tak bagi bercampur dgn aku atas sebab apa tak tau la , mungkin sebab aku ni anak Keling kot ... Waktu 3 tahun aku kat kg tengah antara aktiviti yg aku ingat ialah mandi kat sungai pahang , main bola walaupun kena bahan teruk dan selalu kena ragging .. carik etok etok  .. ada la dua kali dapat ikut ride basikal dgn budak budak kampung tapi lepas tu tak ikut dah sebab aku takde basikal .. masa dapat ikut tu pun sebab pinjam basikal orang . Waktu ni jugak Mak aku suruh aku mengaji Quran dkt rumah makcik dekat rumah aku . Ada pergi sekolah agama petang kat kg Tg Belenggu kejap . Tapi sebab jauh gila naik basikal pinjam ..org yg bagi pinjam basikal tu tak bagi so takde la aku pergi sekolah agama tu lagi . ada la 2 ke 3 bulan aku belajar kat sekolah agama petang tu ...

Lagi satu ingatan ialah lepak rumah satu brader ni , aku lupa nama dia , rumah dia dekat dgn rumah aku dan aku tertarik nak jengah sebab dia ada gitar letrik .. so kat situ la aku mula mula dengar lagu Search .. Album Cinta Buatan Malaysia dan mungkin itu lah sebab aku minat rock ni . Lagi satu ayah aku masa kat temerloh dia ada buat part time ajar kelas gitar . Dia mmg terer main gitar dan aku nak belajar dia tak bagi . Gitar Epiphone kotak dia tu mmg dia sayang gila sampai kalau aku pegang pun dia akan marah gila .

So kenangan di Kg Tengah selain kena buli dek geng geng main bola , mandi sungai dan shahrudin lain lain aku takde kenangan yg boleh aku ingat .  Waktu Darjah 5 ada peperiksaan penilaian kalau tak silap .. Aku dapat 4 A 1B .. Aku lupa subjek apa dapat B tu tapi suasana rumah pada waktu tu amat amat kritikal dengan pergaduhan mak dan ayah aku . So aku mcm tak berapa bersemangat nak belajar dek kerana keadaan suasana rumah yg penuh dgn pergaduhan .

Tapi pada waktu itu 4A 1B dianggap sebagai cemerlang dan sepatutnya senang nak dapat masuk Asrama Penuh . Aku waktu tu nak sangat masuk asrama supaya dapat lari dari tgk mak ayah aku bergaduh . So ada lah pergi interview MTD dan MRSM ..

Waktu tu anak anak melayu kalau nak masuk asrama kena dapat sokongan ketua kampung dan sebagainya .. Malangnya sebab status aku sebagai ANAK KELING maka surat sokongan ni aku tak dapat . MRSM lagi lah tak dapat sebab diorang tk anggap aku ni melayu so siang siang kena reject dah . Yg aku dapat offer ialah Sekolah Rancangan Khas di Kuantan . Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di kuantan .

So aku pergi la sekolah kuantan tu dan duduk asrama . Aku hanya tahan duduk 7 bulan kot disebabkan kategori bahan ANAK KELING ni lagi power disana . Aku langsung tak bercampur dgn aktiviti asrama sebab mmg takde orang nak ajak dan tak bagi join . Yg aku ingat msa sekolah ni brader Form 6 yg budak budak hostel panggil dgn gelaran Ustaz . Dia yg selalu pujuk aku pergi surau and sembahyang 5 waktu .

Kat Smart aku Keputusan periksa mcm biasa No 2 atau No 3  .. Tapi disebabkan tak tahan kena buli dan kena pulau aku balik Temerloh dan Sambung Sekolah Di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar ..

Sekali lagi sebab status aku .. Aku dipulaukan oleh kawan kawan sekolah . Yg aku ingat ialah 2 orang iaitu Zakri dan Aminurrullah .. dua dua anak cikgu yg ayah diorang guru besar dan kenal ayah aku . tu pun takde lah rapat sangat ada la 2 kali pergi rumah diorang kat taman bahagia tu .

Lain Lain yg aku ingat ialah main bola tspi tak dapat wakil sekolah sebab status aku kot . so SRP aku kat sekolah ABS dan mcm biasa aku score result SRP dgn baik .. Waktu Form 1 aku duduk di Tanjung Lalang sebab Ayah Aku mengajar sekolah rendah tg lalang . Dan Duduk di kuarters cikgu . kat situ ada 2 rumah je dan jauh dari kampung orang . So aku mmg takde kawan di Tanjung Lalang . Waktu aku form 1 satu hari aku bangun tidor tgk Mak aku dah takde . Aku tanya Ayah aku mana mama ? Dia Jawab MAMA dah lari ... Aku waktu tu terus keluar rumah berlari tepi jalan .. jauh jugak aku cari MAMA aku sambil menangis dan teriak MAMA MAMA dan MAMA ..

Mak aku lari balik MELAKA .. Agaknya dah tak larat nak bergaduh dgn Ayah aku yg mmg panas baran .. Aku hilang arah .. tak tau nak buat apa lagi .....


Dan mereka bercerai ke tidak aku tak tau tapi last aku tgk mak aku masa aku form 1 dan aku teruskan hidup dgn ayah aku dan duduk sorang sorang kat rumah . Ayah aku waktu tu cuba sebaik mungkin utk siapkan makan minum kat rumah dan biasanya lepas habis sekolah dia akan hilang pergi mana aku tak tau dan malam baru dia balik . 3 tahun dari Form 1 sampai Form 3 aku uruskan hidup sendiri . Pergi Sekolah ABS naik basikal dari Tg Lalang .. Hiburan yg aku ada hanya disekolah walaupun kat sekolah aku kena pulau disebabkan status aku ni .

Disebabkan aku ni tak campur orang atau takde kawan Sekolah lantik aku jadi pengawas waktu form 3 .. Ha ha ha .. benda yg aku bangga sangat walaupun aku takde fungsi pun sebab budak budak sekolah langsung tak takut dgn aku ...

Form 4 aku berpindah ke Melaka .. Mungkin Ayah Aku nak dekatkan aku dgn Mak aku kita orang pindah Melaka dgn harapan Mak dan Ayah aku berbaik semula . Waktu tu Ayah aku dah jadi guru tetap dan dia dapat beli Rumah di Taman merdeka .. Aku masuk sekolah Menengah Munshi Abdullah ..

Sekali lagi disebabkan nama aku , Aku jadi bahan bualan anak leing dan sebagainya .. waktu ini telinga aku dah lali dgn ejekan . Kat sekolah ni aku kenal Zaharul Arrifin , Badlishah , Basir , Zamani Mat Fun , Amali dan ramai lagi sebab Orang Melaka ni walaupun diorang bahan aku tapi diorang tak esah sangat pasal status aku ni .. which bagi aku sedikit semangat utk terus berusaha . Kenangan disekolah Munshi ni aku akan ingat sampai bila bila sebab bagi aku inilah zaman pesekolahan yg paling best dalam hidup aku walaupun aku tak rapat sangat dengan diorang ni . Atleast aku boleh ingat nama nama diorang .. Dapat wakil Sekolah Main Takraw walaupun aku hanya reserve tapi juara Melaka pada tahun tu . Nak Main Bola tak dapat sebab COACH PILIH KASIH ( kikikiki )



ni gambar kawan aku masa kat Taman Merdeka .. Nama dia Mazli budak sekolah Muzzafar .. dia banyak tolong aku subjek matematik dan terer main takraw




Result SPM aku consider bagus gila walaupun aku duduk kelas Sastera . Aku tak faham kenapa dgn result SRP aku waktu kat ABS aku tak boleh masuk kelas Sains . Waktu tu kira kelas SAINS ni kelas orang pandai dan Kelas Perdagangan ni kira kelas org tak berapa pandai la . Tapi aku tak de hal and still belajar mcm biasa . Waktu ni Mak dan Ayah aku masih tak bersama dan aku duduk dgn ayah aku kat Taman Merdeka dan Mak aku kat Bukit Rambai . Sekali Sekala Mak aku datang rumah tapi kat belakang rumah la bawak makanan dan kdg kdg bagi aku duit .. Dia kerja kat Kilang Karimoku di bukit rambai .. Setiap kali mak aku datang aku akan menangis gila gila sebab sedih . Time aku form 5 aku lebih banyak ponteng sekolah dari pergi sekolah disebabkan tekanan hidup kat rumah . Aku tak salah kan Mak dan Ayah aku tapi bila kita meningkat dewasa kita juga ada hati dan perasaan .

Lepas Result SPM keluar aku dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa . Surat sampai kat rumah aku dan kebetulan aku yg amik surat tu . Kat situ ada beberapa fees yg perlu dibayar jika tiada biasiswa ditawarkan . Mungkin sebab status aku ..aku tak dapat apa apa biasiswa .. sebab ada classmate aku yg result lagi teruk , anak cikgu jugak,  dapat biasiswa utk ke Universiti ... So kesimpulannya disebabkan status Kemelayuan aku ni dipersoalkan mkan mungkin sebab itu aku tak dapat .. So Surat Tawaran tu aku koyakkan dan tak bagi tau pun Ayah aku sebab aku tau dia takde duit tuk bayar yuran kemasukan tu ...

Lagi pun aku dah buat keputusan yg aku akan balik Bukit Rambai untuk duduk dgn Mak Aku sebab waktu tu Ayah aku dah kawin lain . So aku rasa lebih baik Ayah aku concentate kat Family baru dia ....

So kesimpulan dia Zaman Sekolah aku ni aku rasa walaupun kena bahan kaw kaw tapi mungkin tak seteruk orang lain .. atleast disebabkan aku dipulaukan oleh sebab nama aku , keputusan perika aku not that bad .. And i can speak english very well due to i have got nothing else to do .. reading all kind of material make me what i am today .

So sifat Racist dalam aku membesar sangat sangat tinggi dalam masyarakat kita , anak keling , anak kapir , anak muslim jadi kekuatan aku . Belah Mak aku bukan Melayu , Belah Ayah aku bukan India ..

Belah mak aku bukan Islam yg sebenarnya , belah ayah aku Islam dan di pandang senget ..

So ianya menjelaskan kenapa aku jadi mcm ni sekarang ...

Part 2 coming soon ...

From miskin papa kedana kepada berduit sikit dan menjadi bengkrap akan menjadi isi tulisan saya seterusnya ...

Maaf cara penulisan agak beterabur .. saja nak share coretan kehidupan sebelum kita dijemput illahi

Assalamualaikum semua












Sunday, 10 April 2016

Cabaran 2016 ONEXOX

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua

Dah lama juga saya kehilangan masa untuk menulis tentang perjalanan Ariesham di blog ini . Secara peribadi saya hanya menulis apa yg terfikir oleh saya pada sesuatu masa . Apabila tahun 2016 hadir saya hampir terlupa yg saya telah tinggalkan Malaysia Airlines selama 10 tahun ..


 10 tahun perjalanan hidup penuh cabaran dan pengetahuan. Terasa begitu sekejap masa meninggalkan kita . Alhamdulillah ONEXOX masuk tahun ketiga beroperasi sebagai subsidiary kepada XOX BERHAD .

  Pada 30 haribulan Mac baru baru ini kami di ONEXOX telah mencatat rekod pendaftaran pelanggan yg ke 1 juta . Bila angka itu hadir saya terus merasakan kepenatan yg dilalui utk mencapai angka tersebut . Agak mustahil tanpa apa apa pelan perbelanjaan yg besar , iklan , manipulasi pelan dan sebagainya kami berjaya mencapai yg mustahil bagi mata mata besar dlm industri . Jatuh bangun kami penuh dgn cerita , Dan yg paling popular ialah bagaimana kami bangkit dari penindasan koporat yg menjadikan kami begitu bersemangat utk terus berjuang .

  Tetapi pekara mustahil sebenarnya adalah alasan alasan yg telah tertanam dalam mentaliti kebanyakan orang kita .Saya masih percaya kepada kekuatan orang kita , Maksud saya tentang orang kita ialah orang orang biasa masyarakat kita yg bergelut utk keluar dari masaalah ekonomi keluarga.

Cabaran terbesar pada tahun 2016 ialah untuk berhadapan dgn ORANG KITA . Cabaran untuk menerangkan sesuatu fakta kepada ORANG KITA .Cabaran untuk menukar mentaliti ORANG KITA supaya mempunyai jati diri muslim yg jati dengan meninggalkan yg mungkar dan menegakkan kebenaran dari semua segi , dari semua perbuatan dan dari semua pengiktirafan .

  Mengapa ianya sungguh mencabar ? Jawapan mudah kerana ORANG KITA kini sudah hampir dijajah dgn doktrin doktrin menghalalkan yg haram hanya kerana mengambil pendapatan sebagai benda yg paling utama . 

 Cuba kita lihat institusi kekeluargaan . Masaalah utama yg di rekod kan di mahkamah Syariah adalah kerana masaalah Kewangan . Sebab Duit keluarga berpecah belah , sebab Duit kawan hilang kawan , sebab duit orang mula menipu , sebab duit kita jadi agen kepada Duit ini lalu menyebarkan kesesatan mutlak lalu runtuhlah segala galanya tentang peribadi Muslim yg patut kita jaga .

  Insyallah semua .. Saya akan senantiasa utk mengubah masaalah ini , Walaupun ianya tak dapat mengatasi masaalah umum secara mata kasar , tetapi dgn dakwah berterusan insyallah kita akan berjaya dalam peranan kita untuk memberi khidmat nasihat kpd umum betapa pentingnya sifat Siddiq , Amanah , Tabligh dan Fatanah dalam semua pekara dalam kehidupan kita . Dan insyallah jika kita hayatinya 100 % insyallah berjayalah kita utk mengubah sesuatu didalam masyarakat kita . 

 Dalam usaha utk mengubah sesuatu persepsi kadang kadang cara yg disampaikan mungkin terlalu extreme , saya banyak terima teguran , Terima Kasih kpd yg menegur saya ..Tanpa Teguran anda mungkin tahap kesabaran saya dalam penulisan akan bersifat lebih amarah ...lebih luar kawalan kerana apa yg saya nampak mungkin berbeza dgn orang orang yg membaca tulisan saya . 

Saya harus mohon maaf atas SIKAP LAKONAN saya itu . Apa sebabnya ? Hanya yg faham perjuangan saya akan mengangguk setuju ... Yg belum faham akan tentu keliru dan yg tak nak faham akan terus menghina saya seadanya . 

 To them .. i only want to say this .only idiots react to a trap . 

Salam semua ...remember this ONEXOXians 


~~~~~OUT THERE WE ARE ONE~~~~~~~








Sunday, 22 February 2015

Perang sudah bermula .....

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera ...

Lama tak update blog segera ni , maklumlah ONEXOX semakin sibuk , semakin dikenali , semakin baik pencapaian jualan dan bilangan pelanggan dan yg paling tak best semakin mengurangkan masa bersama keluarga . Tapi itu tanda yg baik kepada ONEXOX , pengorbanan perlu ada untuk berjaya , ianya datang dalam pelbagai cara dan kita perlu bijak menangani situasi sebegini . 



Januari berlalu dgn cemerlang dimana ONEXOX berjaya mencatatkan sejumlah 52 ribu pelanggan baru dan jualan hampir mencecah 6 juta ringgit . Not bad for a community that had been kick out like nobody business by all those capitalist cultprit that make people suffer like hell . 

Aduhai kadang kadang rasa geram tu masih ada dan Alhamdulillah dendam itu ditukarkan kepada aspirasi untuk lebih berjaya . We have to move forward despite whatever happen in the past is not your fault . You have to digest this as a system that had been agreed in a corporate world .

Tapi itu cabaran yg telah dilalui , kini cabaran baru menjelma utk rakan rakan niaga ONEXOX iaitu pertumbuhan syarikat syarikat picisan yg melihat perkembangan ONEXOX ini sebagai peluang untuk mereka mencipta peluang sendiri . Maka timbul lah program program telekomunikasi yg baru untuk turut serta memeriahkan industri ini tetapi malangnya , mereka ini lebih mengutamakan PENDAPATAN yg dicipta melalui marketing plan merapu seperti MLM dan sebagainya . 

Here we go again ... Masaalah orang melayu , sebab player player skim skim haram ni semua orang melayu , player player skim binary , skim investment yg mana ianya direka utk mengkayakan hanya beberapa individu dan selepas itu mereka akan hilang begitu sahaja dan yg paling BEST masyarakat kita akan memaafkan mereka dan akan membuat lagi perniagaan seperti ini dimasa hadapan . 

Saya amat berharap agar komuniti ONEXOX akan jadi pemangkin kepada real bisness , amat berharap agar cabaran cabaran yg bakal kami hadapi akan terus menjadi aspirasi untuk kami lebih baik dari sekarang dan mengakhiri golongan golongan perompak seperti pemain MLM dan SKIM CEPAT kaya yg nampak seperti tiada noktah terakhir buat mereka . 

Anyway bagi saya cabaran yg bakal ditempuhi adalah bukan cabaran kerana nyata ONEXOX berada dikelas tersendiri . ONEXOX bukan program skim cepat kaya , tiada bonus bonus yg pelik didalam ONEXOX ..anda kerja anda dibayar ....anda malas anda tertinggal tu sahaja simple plain and sweet .


Tetapi kepada rakan niaga mereka akan menjadikan ini sebagai isu kepada kemajuan perniagaan mereka , bagi mereka ianya cabaran yg besar kerana mungkin selepas ini prospek utk menjadi rakan niaga menjadi kompetitif . 

Tetapi saya mempunyai tanggapan yg lain , bila ada saingan ianya lebih mudah untuk kita terus kehadapan kerana yg penting adalah product pada akhirnya ... 

Plan pemasaran tidak akan berjalan jika product tidak digunakan ...contoh seperti rakan rakan kita yg berbaju merah . Nak tak nak mereka kena mengakui yg ramai yg menggunakan talian mereka pada akhirnya tidak lagi menggunakannya kerana rate yg lebih mahal . 

Kalau nak bercerita tentang pekara ini panjang berjela pun tak habis . 

Atleast anda semua tau bagaimana kami bermula , bagaimana kami bangkit dari serangan kapitalist , bagaimana pentingnya mempunyai komuniti yg bersatu dan berjuang bersama sama . Kita sudah bangkit kenapa perlu kita gentar dgn saingan yg bukannya saingan pun .... 

Anda tau aspirasi saya , aspirasi agama , aspirasi bangsa ...semuanya disebabkan laungan 

OUT THERE WE ARE ONE 

Ariesham

Monday, 1 December 2014

Setahun Bersama ONEXOX






Assalamualaikum semua

Dah lama tak berkesempatan untuk menulis di blog segera ini . Semakin hari semakin sibuk dengan ONEXOX . Alhamdulillah kesibukan ini bermakna ONEXOX sudah mula berkembang pesat . Kalau nak difikirkan dari zaman penutupan SALAMFONE oleh MAXIS ketahap ini ianya amat menakjubkan .

Bangkit dari kekejaman kapitalist , bangkit dari kosong hingga ke jualan 2 juta ringgit sebulan , penambahan subscriber menuju ke angka 20 k pelanggan sebulan dan semakin membesar . Ternyata pelan perniagaan baru yg dicipta oleh kami dari tahun 2009 mempunyai kekuatan jika ianya memberi perkhidmatan yg terbaik kpd pelanggan dan rakan rakan niaga .

Industri TELCO amat amat besar , Keuntungan perniagaan ini memcecah billion ringgit setiap 3 bulan . Perkongsian keuntungan secara unik ini memberi banyak faedah kepada komuniti baru . Komuniti ini terdiri dari rakyat Malaysia yg begitu gigih mengharungi cabaran ekonomi semasa . Apa yg kami sedia kan adalah platform utk komuniti baru ini utk menceburkan diri didalam perniagaan telekomunikasi dengan pelaburan yg minimal tetapi keuntungan yg maksimum .

Orang Melayu bukannya malas , Orang melayu bukannya tidak bijak , Orang melayu tidak layu ... Yang melayukan orang Melayu dan seluruh masyarakat kita secara umumnya adalah syarat syarat kapitalist utk orang kita menceburkan diri didalam perniagaan . Semua syarat syarat yg dikenakan lebih menguntungkan mereka dari para pengedar .

Kesemua bukti ini ada didalam ONEXOX SDN BHD . Didalam masa setahun Jualan syarikat sudah mencecah lebih 10juta ringgit , ada lebih kurang 120 ribu pelanggan aktif yg rata rata amat berpuas hati dgn perkhidmatan kami , Ada lebih 3000 individu hebat yg menjadi rakan niaga kami dan angkanya bertambah besar .

Dan seperti biasa apabila perjalanan kita semakin besar cabaran pun bertambah besar , Laman laman sosial menjadi tempat rakan niaga kami berkongsi peluang perniagaan . Dan sudah mula perbalahan berlaku tentang produk siapa yg lebih baik , pelan perniagaan mana yg paling menguntungkan , siapa dapat income paling besar dan macam macam lagi . Kadang kadang saya pun hilang kesabaran dalam pekara ini .. Mohon maaf jika ada .... saya manusia biasa sahaja tak lari dari melakukan kesilapan...

Apa pun perjalanan kami masih jauh , masih banyak yang perlu dibaiki










Out There We Are One


Tuesday, 20 May 2014

Out There We Are One

Assalamualaikum semua ...

Dah lama tak menulis kat blog segera saya ni , Diam tak diam dah hampir 6 bulan berhempas pulas utk meneruskan agenda Out There We Are One nih . Selepas ditimpa musibah lalu ianya banyak mengajar saya tentang pelbagai pekara didalam menempuh kehidupan sementara yg dipinjamkan kepada kita . Alhamdulillah setiap musibah atau ujian itu menentukan bagaimana iman kita terbentuk dari pelbagai sudut .

Mungkin ramai yg tertanya tanya kenapa saya memilih tag line Out There We Are One ?
Saya mengambarkan ayat ini seperti berikut .

Apabila kita dibangkitkan kembali di sana, kita semuanya sama ,Tiada pangkat , tiada harta , tiada pakaian yg berbeza beza , semuanya sama .. Yang berlainan hanyalah amalan kita didunia ini yg bakal diadili utk kita semua . Out There We Are One hanya utk mengingatkan kita semua tentang siapa diri kita disisi pencipta kita dan mengingatkan kita supaya melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang oleh Nya .

Saya bukanlah seorang Alim Ulamak mahu pun Ustaz tetapi sekurang kurangnya kita harus tau dimana kita berpijak dan apa batas batas kita sebagai muslim didunia ini .

Alhamdulillah setelah hampir 6 bulan beroperasi secara belum rasmi ONEXOX telah menunjukkan peningkatan yg luar biasa dgn kekuatan ukhwah semata mata . ONEXOX bergerak secara daif ditengah tengah perperangan TELCO di Malaysia ini . Kami masih meneruskan perkhidmatan seperti di SALAMFONE tempoh hari malah ianya bertambah baik dgn penambahan perkhidmatan yg memberikan pelanggan kepuasan dari segi perkhidmatannya .

Sehingga kini Kami telah mendaftarkan hampir 90 ribu pelanggan baru dah jualan pada bulan April hampir mencecah 1 juta ringgit . Dgn kedaifan kami beroperasi ianya merupakan bukti bahawa dgn sikap sabar dan yakin ianya pasti akan membuahkan hasil . Saya harus berterima kasih dgn rakan rakan niaga kami yg kini semakin ramai kerana tanpa mereka semua ini tidak mungkin akan terhasil .

Misi saya dan rakan rakan masih lagi sama iaitu mencipta sumber ekonomi baru utk semua rakyat Malaysia . Misi ini bukan bersifat peribadi , ianya lebih kepada usaha kami utk menjadi salah satu syarikat yg betul betul berkhidmat utk memberikan perkhidmatan yg terbaik dan membuka peluang peluang ekonomi kepada golongan yg kurang berkemampuan utk menambah sumber ekonomi masing masing .

Didalam keadaan Negara kita sedang membangun dan sudah pasti kenaikan harga harga keperluan asas tidak dapat dibendung oleh kerana pelbagai sebab . Sama ada kerana oleh pengurusan yg lemah atau sifat tamak sesetengah konglomerat yg semakin menghimpit segelintir masyarakat kita yg masih terkial kial utk menyara kehidupan .

Telekomunikasi merupakan perniagaan yg begitu besar di negara kita , dgn hampir 43 juta pelanggan ianya menyumbang berbillion ringgit kepada Telco Telco besar di negara kita . Dan Perniagaan ini juga menyumbang kepada pendapatan player player telco di sektor perniagaan runcit seperti jualan topup di kedai kedai talifon yg majoritinya dikuasai oleh bangsa asing .

We are getting bigger and bigger day by day .. Alhamdulillah and thanks to all our respected dealers who are a normal people who are seeking a better life in this country ...

Salam Semua

Ariesham

Out There We Are One




Tuesday, 24 September 2013

Goodbye SALAMFONE Welcome ONE X

Salam semua

Lama tak update blog segera aku ni . Memang sangat sibuk utk memindahkan pelanggan , memindahkan perniagaan didalam waktu yang amat singkat ni . Cabaran dan makian pelanggan dan menjadi musik kat telinga dan menjadi pembakar semangat utk aku teruskan langkah didalam Visi dan Misi aku sebagai rakyat Malaysia dan yang paling penting sebagai MUSLIM .

Pada minggu lepas MAXIS telah menghentikan kebenaran utk pelanggan SALAMFONE utk berhijrah ketalian lain , Tapi kalau nak pindah ke MAXIS ok . Naik jugak darah aku bila tau pasal ni . Sebab kami masih didalam proses memindahkan pelanggan kepada XOX , ye XOX aku ulangi XOX Berhad iaitu sebuah MVNO di bawah CELCOM . Mungkin Maxis baru sedar yg kami telah berjaya memindahkan sekitar 23 ribu pelanggan aktif Salamfone yg dahulu menyumbang kepada pendapatan MAXIS . Ye jumlahnya bukan besar tetapi jumlahnya semakin hari semakin banyak . Ianya mengesahkan andaian saya didalam entri awal blog saya terhadap MAXIS . Apa hak diorang utk menidakkan kehendak pelanggan utk berpindah ? Bagaimana kami berjaya memindahkan Jumlah yg ok lah besar bagi kami didalam suasana cuti hari raya hingga kini ( sekitar 2 bulan ) ?

Ye aku memang marah dgn keadaan ini , Ye kami boleh buat aduan kepada SKMM , ye mcm mcm boleh buat . Tapi aku dah letih la nak pergi komplen , minta simpati , kacau menteri lagi pun diorang tengah sibuk pemilihan sekarang ni dan segala proses minta tolong dan buat aduan ini akan mengambil masa utk selesai , Jadi apa yg kami buat ialah utk menawarkan nombor baru kepada pelanggan atau meminta mereka berpindah ke MAXIS abis cerita .. Lantak korang lah nak buat apa pun , korang besar , korang kaya , korang baik dgn menteri sampai korang buta hati nak tengok betapa bersusah payahnya kami utk mengambil tanggungjawab ini kepada pelanggan kami .


Ada orang kata , yg ko susah susah sangat ni kenapa Arie? ada berlambak bisness lain boleh buat , tak payah la susah susah , ko duduk diam diam jer ...sapa la kita nak lawan mereka ni ? dan macam macam lagi .Tapi aku tak boleh terima semua cadangan cadangan ni kerana satu sebab iaitu AMANAH . korang fahamkan apa tu AMANAH . Amanah dari ALLAH tu perlu dijaga didalam segala perbuatan kita . Itu yg aku pegang , Walaupun ianya menyusahkan aku akan tetap cuba utk pertahankan kerana aku pasti janji Allah itu benar jika kita dijalannya . Period full stop sebab pekara ini terlalu basic didalam agama kita .

Alhamdulillah ... sebenarnya pekara ini ada banyak hikmahnya , ada banyak pengajarannya , ada banyak peluangnya . Kami didalam proses utk menjadi anak Syarikat kepada XOX berhad . Subsidiary Company la tu ... XOX nampak kekuatan jaringan kami , XOX pernah berkerjasama dgn saya suatu ketika dulu dan mereka tau bagaimana Kami berjaya membuat impak didalam perniagaan Telekomunikasi .Maka muncul lah product ONE X . ONE X akan meneruskan pelan dan perkhidmatan ONE TELCO ( Salamfone) . Alhamdulillah kerana pada waktu ini segala perancangan utk kembali ke perniagaan ini sudah mencapa 90 % . Dan terdengar suara suara dari Dealer Dealer kami yg begitu bersemangat utk kembali berjuang .

Jaga jaga Maxis ....because

Out There We Are One

Wednesday, 21 August 2013

Akhirnya THE END for SALAMFONE

Salam semua

Setelah berhempas pulas masa musim perayaan , bertegang urat dgn management SALAMFONE , mengacau MENTERI dan SKMM . Dan cuba utk menyelamatkan keadaan . Semua staff SALAMFONE dapat surat cinta dari management . Yup 13 hb september ini merupakan tarikh keramat bagi Semua yg terlibat dgn SALAMFONE iaitu Perkhidmatan Mudah Alih Pertama Berasas kan Syariah . 

Ketika wa ( rock sikit ) menulis entri ini saya masih berada di office ONE TELCO yg berada satu tingkat dibawah salamfone ini dan kami juga nampaknya terpaksa mencari office baru utk meneruskan sisa sisa perjuangan ONE yg juga berliku liku arah tujuannya . 




Pada minggu minggu terakhir ini saya masih berhubung dgn pihak SALAMFONE dan setiap kali saya menjejakkan kaki kepejabat mereka saya merasa terharu dgn nasib pekerja pekerja SALAMFONE yg terpingga pingga dgn apa yg melanda mereka , terutamanya staff staff melayu dan islam yg susah nak dapat kerja dgn keadaan ekonomi dan pasaran yg begitu mencabar . Staff yg high rangking takda masaalah kot market diorang sgt terbuka . Dan setiap kali saya kepejabat mereka ada yg bertanya " ada kerja kosong tak bos " ..dah siap panggil aku bos lak ..aduyaiiii .. kalau boleh nak je saya ambil mereka semua ke ONE . tetapi dgn keadaan yg belum begitu stabil ni saya terpaksa menjawab insyallah jika ada rezeki kita akan bertemu kembali .

So back to the story of this close down . I really thing that there is something bigger that hiding from everybody about this close down thing . 

Pekara pertama ialah bagaimana MAXIS boleh mengambil keputusan utk tidak mahu berunding langsung dgn SALAMFONE dalam perniagaan ini . Jawapan jelas dari MAXIS ialah mereka telah membuat keputusan utk terus menamatkan perkhidmatan SALAMFONE kerana tidak mencapai target jualan didalam kontrak dan jumlah nya hanya bawah dari 3 juta ringgit . YES GUYS IT IS 3 FRICKING MILLION RINGGIT . MAXIS mencatat keuntungan berbillion ringgit setiap 3 bulan operasi mereka tanpa gagal . Dan perjanjian dgn SALAMFONE ini bakal menjejaskan mereka ? What a joke la MAXIS .

Basically what MAXIS concern about is totally rubbish to me on what ever reason they gave . How could a bunch of board of director would agree on this matter . As an MNO and having MVNO under you and selling your product you guys should help your MVNO to keep the business moving . MAXIS is saying they want MALAY market , They are Lacking on this segment . By having a shariah compliance targeting muslim SALAMFONE is the best platform . Yes i do agree that things are not that good but the solution to it is by helping them not CLOSE THEM down you idiot .
Tapi ada benda yg perlu kita semua perlu tau . SALAMFONE is owned 100 % by a foreign company . Yes it is true . Salamfone ialah sebuah syarikat yg dimiliki oleh dua beradik dari KUWAIT , SYIAH pulak tu . aduyaiiii .. tapi masaalah ini bukan pekara pertama kerana yg jadi mangsa BUKAN RAKYAT KUWAIT , BUKAN PEKERJA KUWAIT yg jadi MANGSA ialah pelanggan MELAYU dan ISLAM , Pekerja MELAYU dan ISLAM , dan sebagai SYARIKAT BERBILLION RINGGIT Maxis dont give a crap about this .

Hey what am i talking about MAXIS dont give a shit . How about the GOVERNMENT ... yeahhhh RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ... i guess we can just say this la ... you can take this word and &(^(&*%&^$&^ somewhere you think best to suit political gain .

ALVIN n VIVIAN , the DOG case took the lime light . ( damn you ) these two issue got political millage in it , So everybody were trying to be a hero . yeahhhh Melayu , UMNO , PAS , PKR ..semua berebut rebut bercerita tentang isu sensasi ni but you know what people .... SEMUA POLITICIAN or GOVERNMENT don't give a crap ass about what had happen to SALAMFONE , salamfone staff ( banyak kerja tu kat luar ) and the best part PENGGUNA PENGGUNA TALIAN SALAMFONE YG TERPUTUS HUBUNGAN DGN SEMUA ORANG 10 HARI SEBELUM HARI RAYA DAN SEHINGGA SEKARANG .

Jawapan mereka mereka yg skeptikal ..pergi je la tukar provider .. Apa ko ingat senang ke kerja tu , boleh siap sekelip mata ke ... cuba korang handle 50 ribu pelanggan dalam satu masa boleh , sape nak ganti duit simkad tu , sape nak bawak pakcik ngan makcik tu pergi ke center center telco .. cer jawab sikit ...

Pencapaian diutamakan kepala bana lu la ...

Sampai sekarang ONE TELCO telah membuat 13 ribu penukaran provider dari salamfone ke XOX . Semuanya di buat secara percuma . PERCUMA ( sebenar nya aku berhutang dgn xox ni bayar kemudian ) dan berjanji akan mengantikan kredit kredit yg ada dulu . Mesti ada orang akan kata weyyyy bengap yg ko g ganti tu apasal , Suruh la SALAMFONE GANTI .. Meh sini aku jawab siang siang .. apa ko ingat SALAMFONE yg dah nak TUTUP NI , yg semua payment diorang dari EPAY , MOL , MOBILITY ONE telah di hold kan dan gaji staff yg diorang nak bayar,  diorang nak bayar dulu ke baki kredit tu  ? Mesti ada proses yg perlu diorang lalui , lagipun diorang nak tutup dah der , owner dia ada kat kuwait tu tgh main Candy Crush saga . Diorang jawab tunggu court case selesai nanti kita akan bayar balik ...kah kah kah kah kah ...Mesti diorang akan bayar kan kan kan kan kan ...betul tak ...pigidahhhhh 

So orang nak kutuk aku ke ? kata aku bodoh ke ? bengap ke sebab sanggup ambil risiko menolong semua mangsa mangsa yg terlibat korang leh go ahead . Bagi aku dan team ONE TELCO .. kami buat ini utk menolong rakan rakan kami , pelanggan pelanggan kami dan ini adalah tanggungjawab sosial sebagai orang ISLAM dan MELAYU yg harus berkorban masa dan duit didalam pekara ini . Untung rugi tolak tepi dulu , insyallah pelan pelan kayuh . XOX boleh senyum lebar kerana kita orang bawak masuk banyak pelanggan pelanggan baru . ONE TELCO boleh pening kepala sebab lepas ni business ONE telco akan menghadapi cabaran baru , keuntungan yg takde ..( adehhhh haiii ) Modus operandi ialah utk selamatkan dealer dealer kami , Rakyat Malaysia yg berpendapatan rendah , yg cuba utk mengubah kehidupan mereka , yg tidak ada kekuatan ekonomi utk mula berniaga , yg macam macam lagi la . Nasihat saya kepada mereka ini hanya satu


OUT THERE WE ARE ONE 

Salam semua

p/s  aku bukannya blogger atau penulis sepenuh masa jadi aku hentam jer la ayat ayat kat atas tu ...